TIPS 1 AMALAN MURAH REZEKI DENGAN MENYEGERAKAN SOLAT by DR.HUDA

Tips murah rezeki ;

Nurul nak ajak rakan-rakan sekalian, lepas ni kalau dengar je azan, terus pergi solat..tinggalkan je pekerjaan yang tengah kita buat tu.tak kira pekerjaan apa pun..tinggal je..Terus pergi solat..besarkan Allah nombor satu..Buatlah sebagai amalan. InsyaAllah Allah akan mudahkan segala urusan hidup kita terutama dalam hal-hal rezeki.

Kerja sampai bila pun tak habis kan..tapi solat, Allah dah kata..solatlah di awal waktu..kenapa kena solat di awal waktu? Sebabnya ada nikmat rezeki yang melimpah ruah bila kita laksanakan perintah Allah dengan bersungguh-sungguh.

Kisah-Benar-Cerita-Orang-Yang-Tinggal-Solat-Berpuluh-Tahun

Nurul nak share satu kisah sahabat Rasulullah SAW.

Dalam suatu riwayat dinyatakan bahawa seorang sahabat sedang bekerja. Beliau dalam proses menyiapkan dinding yang terdiri daripada susunan batu bata.

Dalam sedang bekerja tu, azan berkumandang menandakan dah masuk waktu solat. Ketika azan dilaungkan, hanya tinggal sebutir bata saja lagi yang perlu diletakkan pada dinding tersebut. Jika sebutir bata tersebut diletakkan maka akan sempurnalah pekerjaannya.

Namun tatkala mendengar azan dilaungkan, serta merta sahabat tersebut menghentikan kerjanya dan terus menuju ke tempat solat.

Apabila beliau ditanya kenapa tidak meneruskan sahaja kerjanya tadi, walhal hanya tinggal untuk meletakkan seketul saja lagi bata untuk menyelesaikan kerjanya itu.

Beliau menjawab, jika beliau meneruskan kerjanya, sebenarnya beliau membesarkan batu bata dan pekerjaan beliau tu melebihi dalam membesarkan Allah.

Pada beliau, ketika azan dilaungkan, semuanya kelihatan kecil kecuali Allah..padanya ketika itu Allah yang paling besar, Allah yang paling utama, Allah adalah segala-galanya..

Subhanallah..besarnya iman para sahabat. Memang tidak hairanlah rezeki mereka ini melimpah ruah. Inilah contoh yang perlu kita teladani. Bukannya menjadikan Donald Triumph sebagai idola kita dalam proses kita mencari rezeki.

Ye..memang kita boleh contohi Donald Triumph yang berusaha bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki..tetapi dia tiada landasan agama..tiada iman di dalam hati yang meletakkan Allah di tempat pertama dalam pencarian rezeki.

Kita hanya boleh contohi dia dalam berusaha tetapi hanya sekadar itu sahaja. Yang perlu kita contohi yang sebenar-benarnya ialah seperti cerita sahabat Nabi tadi. Beliau ikhlas dalam bekerja dan meletakkan Allah melebihi pekerjaannya.

Jadi kat sini yang perlu kita balance kan ialah
1) Meletakkan Allah di tempat utama (beribadat bersungguh-sungguh)
2) Berusaha bekerja bersungguh-sungguh

Kita perlu beribadat bersungguh-sungguh mengingati Allah..tetapi kalau beribadat sahaja tetapi malas bekerja pun tak boleh. Tetapi dalam masa yang sama kalau bekerja bersungguh-sungguh tetapi meninggalkan ibadat pun tak kena juga. Tak boleh ambil satu saja. Kena balance kan. Dua-dua kena buat. Ibadat dan bekerja bersungguh-sungguh.

Satu lagi tips tambahan dalam bekerja ialah ikhlas kerana Allah.

Nurul nak petik kata-kata daripada Prof Muhaya ;

Orang yang bergaji RM2000, tetapi dia bekerja bersungguh-sungguh ikhlas kerana Allah maka dia akan dapat gaji macam RM10000 daripada Allah Taala.

Macam yang Nurul cakapkan..rezeki bukan dalam bentuk wang ringgit sahaja. Tetapi rezeki lebih luas samada dalam bentuk anak-anak yang berakhlak mulia, Allah memberi ketenangan hati, isteri yang solehah, suami yang soleh, Allah memberi keberkatan umur, diberi keselamatan dalam perjalanan dan sebagainya.

Jadi bagi orang yang bergaji sedikit tetapi bekerja dengan usaha bersungguh-sungguh kerana Allah dan dalam masa yang sama meletakkan Allah pada tempat pertama maka Allah akan memberi nikmat rezeki yang melimpah ruah. Gaji RM2000 pun dah cukup dalam menampung kehidupan mereka. Yakinlah pada Allah. Nurul nak ajak semua rakan-rakan…yakinlah janji Allah..sesiapa berusaha Allah akan bagi. Man Jadda Wa Jada..yang penting percaya pada Allah.

Orang yang bergaji RM10000 tetapi bekerja tidak bersungguh-sungguh kerana Allah maka dia akan dapat gaji macam RM2000 sahaja.

Kenapa jadi macam tu? Sebab nikmat rezeki nya ditarik balik dalam apa jua bentuk. Dia tidak mengutamakan Allah. Jadi harta dan gaji yang banyak pun terasa masih tak cukup. Kehidupan pun tak rasa bahagia. Anak-anak pun tak memberi manfaat kepadanya malah rumah tangga terasa seperti sepi dan tiada rasa bahagia.
Jadi mana yang kita nak pilih? Nurul yakin semua tahu jawapannya..

Beribadatlah seolah-olah akan mati keesokan hari, & Bekerjalah seolah-olah akan mati 1000 tahun lagi..

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *