TIPS 2 AMALAN MURAH REZEKI DENGAN SEDEKAH BY DR.HUDA

Assalamualaikum wbt..

Tips murah rezeki ;

Nurul nak ajak rakan-rakan sekalian, selepas ni ringankanlah tangan untuk bersedekah..lagi banyak kita bersedekah, lagi murah rezeki yang Allah berikan nanti..kita sedekah 1, Allah bagi 10..

Tips mudahnya..setiap hari cari lah sesiapa pun untuk kita sedekah. Fakir miskin, golongan daif..orang-orang tua atau anak-anak yatim. Tak pun tiap kali pergi masjid, sedekahlah RM5 masuk dalam tabung masjid..mudah sangat..yang penting sedekah tu kena ikhlas..ha, tengoklah nanti apa yang anda akan dapat dari Allah…tak percaya? Try lah buat..anda sendiri akan rasa nanti…

Sedar tak sedar, kita sering diingatkan untuk bersedekah..dalam radio, dalam tv..ustaz-ustaz selalu berceramah dan nasihatkan kita untuk banyak memberi kepada yang memerlukan..banyakkanlah memberi sehingga kan tangan kiri tak sedar pemberian dari tangan kanan tu..Semua ni Rasulullah memang dah ajar kita umat Islam untuk buat…tapi cuba muhasabah balik..kita buat tak?

yuk-sedekah1

Nurul yakin ramai tak buat..ramai tak berani nak hulurkan duit dalam poket tu..dalam pemikiran tu mesti akan pikir punya..

”Aku ada RM50..kalau aku bagi RM20..tinggal RM30 je..makin kurang duit aku”

Tetapi sebenarnya..dalam Islam, konsep sedekah ialah lagi banyak kita memberi, lagi banyak kita dapat..

Ini bukan math..2-1 = 1…

Tapi konsep sedekah ialah 2-1 = 10..

“Jadi kalau aku ada RM50, dan aku bagi sedekah RM20..jadi baki duit aku ialah RM230”..ha..bertambah kan…

Kenapa? Sebab Allah dah sebut dah..1 kebaikan akan Allah balas dengan 10 lagi kebaikan..sama juga sedekah..kita bagi 1..Allah akan balas 10. Yakinlah…yakinlah janji Allah sentiasa benar!!

Cuba baca tafsiran ayat dari surah al-An’am, 6 : 160..

“Sesiapa berbuat kebaikan mendapat 10 kali ganda amalannya. Dan sesiapa yang berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikitpun tidak dirugikan (dizalimi)”..

Nampak kan tafsiran ayat ini. Allah dah janji, sesiapa yang buat 1 kebaikan akan dibalas 10 kali ganda kebaikan..10 kali ganda tu…sangat banyak..itu lah disebalik sifat dan zat Allah yang Maha Pemurah..

Sebenarnya untuk sedekah ni..bukan semata-mata bagi duit. Ada banyak jenis sedekah..sedekah senyuman, sedekah tenaga kita, sedekah apa-apa lah…yang penting setiap hari ada usaha kita untuk bersedekah..jangan sehari pun hari kita berlalu tanpa sedekah..

Kalau ada orang tua sedang bawa barang..tolong lah dia..sedekahkanlah tenaga kita tu tolong angkat barang dia..kalau jumpa anak-anak yatim..tolong belikan makanan untuk dia..kalau anda cikgu pula, belanjalah anak murid yang anda tahu dia miskin..belanja makan mimum dia ke, tolong belikan peralatan buku sekolah ke..banyak cara sangat kalau nak bersedekah..pandang je sekeliling kita…ada apa yang boleh kita sedekah, kita sedekah..yang penting niatkan dalam diri, setiap hari kita mesti sedekah..

Nurul nak share sebuah cerita tentang seorang lelaki tua yang berusaha untuk bersedekah dengan cara yang dia mampu…kisah ini diceritakan oleh seorang pemuda yang pergi ke masjid untuk menunaikan solat.

“Suatu hari saya ke masjid untuk solat zuhur. Ketika melangkah masuk ke pintu masjid, tiba-tiba ada seorang lelaki tua juga sama-sama melangkah ke dalam masjid. Ditangannya ada sebuah gayung. Saya hanya senyum kepada pak cik tua tersebut sambil melangkah ke tempat wudu’. Pak cik tua tersebut juga sama-sama mengambil wudu’ bersama saya, kemudian beliau melangkah ke ruang solat tanpa membawa gayung beliau.

Saya terpikir, pakcik ni tinggal sekejap gayung dia sebab nak solat kot. Selepas selesai solat berjemaah dalam masjid, saya pun melangkah untuk keluar..sama juga pakcik tua tersebut..saya teringat gayungnya tadi tertinggal dalam  ruang mengambil wudu’..’Pak cik..pakcik tertinggal gayung tadi di ruang mengambil wudu’..Pakcik itu segera menjawab..’Pakcik ni bukan orang kaya. Jadi pak cik hanya mampu beli gayung untuk diberikan kepada masjid-masjid. Tiap kali pak cik ke mana-mana masjid, pak cik akan belikan gayung. Mudah-mudahan bermanfaat kepada ahli masjid…’

Subhanallah..tengoklah pakcik ni..dia ada cara dia sendiri untuk bersedekah..yang penting dia berusaha untuk memberi dan bersedekah..Sewajarnya akhlak ini ada pada kita semua..

Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri..adakah setiap hari kita bersedekah?? Jika belum..marilah sama-sama kita bersedekah..InsyaAllah, Allah akan murahkan rezeki kita dan dijauhi dari kesusahan..aamin..

wpid-sedekah (1)

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *