How to be a lecturer

drhuda (1)
Assalamualaikum..ok..untuk entry kali ni Nurul nak share macam mana caranya nak jadi lecturer..Ini based on pengalaman Nurul sendiri..

 

 

Sebenarnya nak jadi lecturer bukan something yang senang dan bukan juga something yang sukar..Kalau kena caranya dan memang ikut jalan yang betul..InsyaAllah segalanya jadi mudah..

 

 

Pertama sekali..memang wajib tidak dapat tidak kena cemerlang dalam pelajaran..
Sebab kalau cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia @ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia baru boleh masuk universiti kan. Masa ni lah kita kena ambil Ijazah Sarjana Muda. Semasa peringkat ini lah kita kena pilih kursus @ bidang apa yang kita nak. Kursus ini lah yang mencorakkan perjalanan kita seterusnya. Contoh kalau Ijazah Sarjana Muda tu ambik kursus pendidikan, jadi memang bagus la bagi someone yang memang betul-betul nak jadi guru. Memang dah jalan dia dah tu.
Tapi kalau dia tak nak jadi cikgu, jangan ambil kursus pendidikan. Macam Nurul, kursus yang Nurul ambil memang bidang Astronomi Islam (Falak)..sebab tu Ijazah Nurul ni ialah Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Falak. Nurul habiskan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda ni selama 3 tahun (6 semester). Nurul memang bercita-cita nak jadi cikgu sebenarnya. Sebab tu lepas habis je pengajian Ijazah Sarjana Muda ni, Nurul terus apply Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)..tapi takdir menyatakan sebaliknya..perjalanan Nurul bukan sebagai seorang guru tapi sebagai pensyarah.

 

 

 

Kedua : Perlu ada Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).

 

 

Nurul lulus cemerlang peringkat Ijazah Sarjana Muda. So Nurul dapat tawaran untuk sambung belajar peringkat Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D). Actually sepatutnya Nurul sambung dulu master (Ijazah Sarjana), baru boleh sambung Ph.D. Tapi kes Nurul lain sikit..boleh lompat. Sebab Universiti Malaya memang tawarkan sesiapa lulus cemerlang peringkat Ijazah Sarjana Muda, so boleh la apply terus pengajian peringkat Ph.D.

 

 

Actually bagi sesetengah universiti lain, memang wajib ambik Master dulu baru boleh ambik Ph.D. Jadi bergantung pada mana-mana universiti lah..

 

 

Nurul habiskan pengajian peringkat Ph.D ni dalam masa 4 tahun. Ph.D Nurul ni dalam bidang Astronomi Islam. Lepas habis je dapat scroll dan sijil, baru Nurul apply terus jadi lecturer. Nurul memang apply untuk jadi lecturer kat Universiti Malaya dalam bidang Nurul sendiri iaitu Astronomi Islam. Sampai sekarang Nurul memang mengajar bidang kepakaran Nurul iaitu EtnoAstronomy.

 

 

Ketiga, cara untuk jadi lecturer ialah menerusi tawaran biasiswa yang kita perolehi.
Macam di Universiti Malaya, Nurul memang ditemuduga untuk dapat biasiswa SLAB/SLAI. Biasiswa ni memang automatik memberi peluang kepada kami para pelajar untuk terus bekerja di UM. Sesiapa yang mendapat biasiswa SLAB/SLAI ni memang akan diserap dalam pekerjaan pensyarah di UM..itu lah kelebihan biasiswa yang Nurul perolehi ni.

 

 

 

Keempat adalah menerusi sokongan kuat Ketua Jabatan..
Macam kes Nurul ni, Ketua Jabatan memang sangat supportive..kalau ada kekosongan dan yang kosong tu memang dalam kepakaran kita, memang dia sokong kuar semasa urusan temuduga kerja lecturer ni. Masa Nurul apply kerja lecturer di UM ni, memang kebetulan ada dua orang pensyarah yang bersara iaitu Prof Dato’ Dr. Mohd Zambri Zainuddin dan Prof Dr. Mohd Sahar Yahya..
Disebabkan itu lah memang ada kekosongan jawatan pensyarah di Jabatan Fiqh Usul dalam bidang Astronomi Islam. Jadi masa interview tu, Ketua Jabatan memang sokong kuat untuk Nurul jadi lecturer di bawah jabatan beliau..nama Ketua Jabatan Nurul ni Dr. Ridzwan Ahmad..Sampai bila-bila pun Nurul memang tak akan lupakan jasa baik beliau pada Nurul.

 

 

 

Kelima ialah paling utama sebenarnya iaitu doa, usaha dan tawakkal..
Doa kepada Allah banyak-banyak supaya Allah mudahkan semua urusan di atas. Kemudian kena usaha lah untuk capai matlamat jadi lecturer tu. Bila usaha pun dah buat & doa pun dah buat…tawakkal lah pada Allah..InsyaAllah Allah akan tunjukkan jalannya..Aamin…

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *