Tips 3 Amalan Murah Rezeki Solat Dhuha by Dr.Huda

Tips untuk murah rezeki ; “Setiap hari cuba curi masa tertentu untuk solat dhuha..buat empat rakaat je..waktu dhuha kan panjang..start 25 minit selepas matahari terbit sampaila waktu tengah hari..so gunakan kesempatan ni untuk solat dhuha..percaya dan yakin Allah akan murahkan rezeki”

Amalan ni sangat mudah nak buat sebenarnya. Tapi tak ramai yang buat. Bila dah sibuk bekerja tu terus lupa nak solat dhuha..bukan susah pun..ambil wudu’ kemudian solat 2 rakaat..bagi yang sibuk kat office tu..selit-selit waktu tertentu..bukan lama..dalam 10 minit dah sudah..banyak keberkatannya bila kita buat solat dhuha ni…

Dalam hadis riwayat Abu Dawud
“Wahai anak Adam! Tidakkah engkau sanggup bersolat empat rakaat pada awal siang hari, nanti Aku (Allah) akan mencukupkan pada akhir harimu itu.

Solat yang dimaksudkan dalam hadis di atas ialah solat Dhuha.

solat dhuha

Konsepnya di sini sangat mudah. Bagi sesiapa yang berusaha mencari rezeki dan dalam masa yang sama dia mencari keberkatan rezeki itu menerusi redha Allah maka dia akan melaksanakan solat dhuha setiap hari.
Tapi bagi orang yang meletakkan usaha semata-semata wasilah untuk mendapat rezeki..maka dia tidak berusaha untuk melaksanakan solat dhuha.

Ye..memang solat dhuha hanya solat sunat..bukannya wajib..tetapi ketahuilah terdapat keberkatan di dalam solat dhuha..kalau lah kita semua boleh nampak dengan pancaindera kita keberkatan solat dhuha tu..mesti tak ada seorang manusia pun yang nak tinggalkan solat dhuha..mesti semua berlumba-lumba nak laksanakan solat dhuha..sebabnya Allah dah kata..laksanakan solat sunat dhuha..nescaya Allah akan murahkan rezeki kita..

Doa solat dhuha :
“Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah, dan jika ada di bumi, keluarkanlah, dan jika sukar, mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh, dekatkanlah, berkat waktu dhuha, keagunganMu, keindahanMu, kekuatanMu, dan kekuasaanMu. Limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh..”

Syahdunya bait-bait doa solat dhuha ni..bayangkan lah kalau tiap hari kita berdoa pada Allah doa solat dhuha ni..ini bermakna kita minta pada Allah setiap hari supaya Allah beri nikmat rezeki yang sangat luas meliputi bumi dan langit, kita mohon Allah beri nikmat rezeki yang halal, mohon Allah mudahkan pemberian rezeki kita..dan kita mohon Allah beri nikmat rezeki yang sama dengan apa yang Allah bagi pada golongan yang soleh..

Seronok kan..berkat rezeki kita..Bagi yang rasa susah sangat nak buat solat dhuha ni…mudah sangat…pikir camni je ; “Alaa..dua rakaat je pun..10 minit je..bukan lama pun..kalau aku buat InsyaAllah, lagi murah rezeki aku”
Bayangkan..kalau gaji cuma 2 ribu…tapi disebabkan berkat buat solat dhuha setiap hari, Allah cukupkan rezeki dia..dengan gaji 2 ribu tu seolah-olah nikmat rezeki dia 10 ribu..Wah..tak nak ke?? Nak tak?? Kalau nak rasa macam tu dan nak rasa luasnya nikmat rezeki Allah, buatlah solat dhuha..feel it by do it..InsyaAllah nanti rezeki rasa lapang je..

Yakin lah..yakin dan terus yakin berkat solat dhuha ni mampu luaskan rezeki..
Tapi kalau tak buat solat dhuha..gaji dah la 2 ribu je..nak belanja anak-anak sekolah, belanja makan minum lagi, belanja duit tol minyak bagai..memang automatik akan terasa sangat-sangat sempitnya rezeki tu.

Jadi nasihat saya bagi sesiapa yang memang terasa rezeki dia sempit je..kadang-kadang tak sampai cukup bulan dah habis dah duit gaji…so saya memang nasihatkan tolong buat solat dhuha setiap hari..InsyaAllah, Allah akan luaskan rezeki dan lapangkan hati kita dalam mencari rezeki..

Yang penting yakinlah dengan janji Allah..Buat solat dhuha, InsyaAllah murah rezeki.

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *