TIPS 4 AMALAN MURAH REZEKI ; AMALAN MEMBACA AL-QURAN SETIAP HARI by DR.HUDA

Assalamualaikum…

Tips kali ni : Nurul nak ajak semua rakan-rakan, bermula hari ni juga, pagi-pagi lagi sebelum pergi kerja, bacalah mana-mana ayat daripada al-Quran. InsyaAllah amalan membaca al-Quran akan menjemput rezeki buat kita.

Nurul nak ajak rakan-rakan jom AMALKAN ayat al-quran.. mengamalkan ini bermaksud kita buat setiap hari tanpa putus..then kita tengok apa jadi jika kita amalkan sehingga bertahun-tahun dan seumur hidup kita..InsyaAllah ada ganjaran daripada Allah..

AlQuran

 

 

AMALKAN BACA SURAH YASIN PADA WAKTU PAGI SETIAP HARI
Contoh, selepas @ sebelum solat Subuh..amalkan membaca surah Yasin..Dengan mengamalkan bacaan surah Yasin setiap pagi maka apa yang kita hajatkan daripada Allah, Allah akan tunaikan..tak kira Allah akan tunaikan dalam masa yang sekejap atau mengambil masa bertahun-tahun..itu hak Allah..Allah boleh beri bila yang Allah mahu..tetapi yang penting kita tahu suatu hari nanti kita akan dapat apa yang kita hajatkan..yang penting kita amalkan surah Yasin ni setiap pagi..Bukan Nurul yang cakap kalau amalkan Surah Yasin setiap pagi, Allah akan tunaikan hajat kita…takkkk..bukan Nurul..tapi Allah SWT dan Rasulullah SAW yang cakap…

Cuba teliti tafsiran riwayat hadis Rasulullah SAW ni :

‘Ata bin Abi Rabah berkata, “Telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah SAW bersabda :

“Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala  hajatnya akan dipenuhkan (Riwayat Darim)…

Nampak kan…Rasulullah SAW dah cakap…kalau kita mengamalkan surah Yasin pada permulaan hari iaitu pada waktu pagi subuh, Allah akan penuhi hajat kita..

 

Nampak tak..mudah sangat-sangat kan..cuba kita pikirkan, apa hajat kita sebenarnya..apa yang kita nak? Dan kita pikir hajat tu susah sangat nak dapat..apa dia?? Contoh Nurul bagi..kita nak beli rumah..tapi tak da duit yang cukup..banyak sangat nak kena sediakan…jadi apa yang perlu kita buat???

MINTA DENGAN ALLAH!!! So kalau nak Allah penuhkan hajat kita dengan mudah…amalkan surah Yasin setiap hari…

Percaya tak? Kalau Allah yang kata..mesti la betul, jadi mestila kena percaya…yang ni bukan Nurul yang kata ye..Allah yang dah bagi tahu semua ni..so tepuk dada tanya selera, nak amalkan atau tak….Pada Nurul senang je..kena yakin je..kalau kita yakin..kemudian kita amalkan..InsyaAllah hajat kita tu akan sampai depan mata..Nak tak?? Hurm..mesti la nak kan..senang sangat nak buat.. Allah tak minta pun kita daki gunung averest..Allah tak minta pun kita laburkan duit RM10ribu..Allah minta kita baca al-Quran je..mudah sangat sangat..

AMALKAN BACA SURAH AL-WAQIAH SETIAP MALAM

Ada satu lagi surah kalau boleh amalkan lah setiap malam iaitu surah al-Waqiah.  Surah ni adalah surah amalan warisan para alim ulama terhadap ahli-ahli keluarga mereka..

Cuba lihat tafsiran hadis Rasulullah SAW ni,

“Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda ; “Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam, kebuluran tidak akan menimpanya untuk selama-lamanya”..

Abdullah bin Mas’ud selalu menyuruh anak-anak perempuannya membaca surah ini pada setiap malam. (Hadis Riwayat Baihaqi)..

Pernah tak kita terpikir yang kita sebenar-benarnya perlu yakin bahawa apa yang perlu kita buat untuk menambah rezeki kita sebenarnya bukan bergantung kepada usaha semata-mata…tetapi sebenarnya ia bergantung kepada amalan kita di dunia ini..

Allah dah ajar kita bagaimana nak beramal untuk tambah rezeki. Jadi terpulang kepada diri kita sendiri nak ikut apa yang Allah kata atau tak…

Sesiapa yang beramal dengan apa yang diperintahkan oleh Allah..nescaya Allah akan mudahkan semua urusan hidupnya di dunia dan akhirat…

Jom baca al-Quran..

 

 

 

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *