Tips 5 : Amalan Murah Rezeki dengan memberi makan haiwan @ binatang-binatang by dr. huda

Amalan murah rezeki : Nurul nak ajak semua orang dalam dunia ni..mulai sekarang kalau kita jumpa apa jua binatang..kucing ke, arnab ke, monyet/kera, burung-burung, ayam, lembu…jom sama-sama kita sedekah makanan pada semua binatang-binatang sekeliling kita ni…

Pernah tak bila tengok binatang-binatang kat sekeliling kita terutama yang terbiar tu..pernah tak terpikir yang binatang ni juga makhluk Allah..mereka juga ada perasaan, mereka juga berasa lapar..mereka juga sakit..mereka juga ada anak untuk diberi makan..mereka juga perlukan tempat untuk berlindung..

Pernah tak terpikir kalaulah kita berada di tempat binatang-binatang ni…Apa yang bakal terjadi kepada kita? Apa yang kita boleh buat untuk dapatkan sesuap nasi? Sudah tentu ketika itu kita sedikit sebanyak memerlukan bantuan manusia untuk meneruskan kehidupan kita kan …

mynah

Kadang-kadang kesian sangat..tengah-tengah makan tu tiba-tiba datang kucing mengiau-ngiau kat kita..actually dia tengah minta belas kasihan dari kita untuk dapatkan makanan..perut dia lapar..kalau kita tengok kucing-kucing terbiar ni..nampak dhaif sangat kan..kurus kering..nampak kucing-kucing ni tak cukup makan..jadi kita kna usaha tolong binatang-binatang ni..apa lah salahnya belikan ikan sekor bagi kucing makan, baru RM2..apa sangatlah dengan RM2 tu..bila kita berbakti pada hidupan dan makhluk Allah ni, InsyaAllah dapat pahala free….mudah sangat kan..

th (3)

Nurul nak share sebuah cerita yang  Nurul petik daripada buku Ustaz Fathuri Salehuddin, Mudahnya Menjemput Rezeki :

Ustaz Fathuri mengenali seorang tua yang rutinnya memberi makan kepada burung. Orang tua tersebut membina sebuah taman mini kecil yang cantik di belakang halaman rumahnya. Di taman mini tersebut, orang tua itu membina sebuah pelantar. Pelantar tersebut dijadikan tempat meletakkan makanan untuk burung-burung.  Nama orang tua tersebut ialah Imam Tajuddin atau digelar sebagai pak Imam. Pak Imam memang dah lama menjadi imam iaitu sudah berpuluh tahun.

Ustaz Fathuri pernah bertanya amalan Pak Imam..kata Pak Imam tersebut “Kalau hendak rasa ikhlas bersedekah, berilah makanan kepada binatang, sebab binatang memang tidak akan mampu mengucapkan terima kasih, apatah lagi membalasnya. Hanya Allah yang akan membalasnya”..Itu lah jawapan Pak Imam.

Menurut Ustaz Fathuri, Pak Imam ini mempunyai beberapa impian..namun impiannya semuanya tercapai. Antaranya beliau mempunyai impian memiliki dan membeli rumah sendiri walaupun pendapatannya kecil. Beliau juga ingin mempunyai rumah yang dekat dengan surau. Selain itu beliau mempunyai impian supaya surau dekat dengan rumahnya cantik, selesa dan bersih. Ternyata semua impiannya ini tercapai..

Jadi kita semua boleh percaya dan yakin bahawa pak Imam sebenarnya dimurahkan rezeki oleh Allah Taala dan berjaya memiliki semua yang diimpikan oleh beliau disebabkan oleh amalannya yang ikhlas memberi rezeki kepada binatang-binatang..Subhanallah…jika hendak bersedekah..macam-macam cara kan kita boleh buat. Contoh terdekat ialah Pak Imam ni. Cara dia bersedekah ialah dengan memberi makan kepada burung-burung.

Satu lagi cerita juga saya petik daripada buku yang sama, menceritakan bagaimana seorang perempuan memberi makan kepada berpuluh-puluh ekor kucing. Kucing-kucing yang terbiar, sakit, dan tidak dipandang orang..diambil, dibela dan diberikan semuanya makanan. Belanja untuk memberi makan semua kucing-kucing ini sebulan adalah menyamai gaji seorang eksekutif muda..Bayangkan lah betapa hatinya ikhlas membelanjakan wang kepada binatang seperti kucing yang tiada kaitan dengannya. Namun berkat keikhlasannya itu, dikhabarkan kehidupannya bertambah makmur, serta perniagaannya juga makin lama makin berkembang setiap tahun…Subhanallah..Membuat kebaikan kepada binatang maka Allah balas dengan kemurahan rezeki yang tak disangka-sangka.

So apa lagi..jom bagi makan pada binatang..

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *