Tips 1 Jimat Duit Kenderaan & Petrol by Dr.Huda

jimat-duit
.
Harga minyak naik lagi..harga tambang lrt pun naik?? MasyaAllah..sakit tu..nak lari balik kampung?? Boleh ke selesai masalah?? Tak juga..kena cari duit jugak..kena kerja jugak..kalau balik kampung tiba-tiba tak de kerje..ha, lagi sakit…So macam mana pun kita still kat Bandar kan untuk mencari sesuap nasi..

.

Antara sedar dan tak sedar..hampir 25 – 30% duit dibelanjakan untuk tujuan kenderaan, ini termasuk minyak..So Nurul nak share sedikit tips bagaimana nak jimatkan penggunaan duit dari aspek kenderaan..saya sendiri amalkan..ini sedikit sebanyak membantu saya dalam menjimatkan wang..

.

Share kereta : Ada kawan Nurul memang tiap-tiap pergi kerja memang share kereta. Sebabnya umah dekat satu taman dan tempat nak ke kerja adalah sama..Nurul tak la..ini untuk orang yang bekerja dan tinggal dalam kawasan yang sama.

.

Kurangkan perjalanan : Nurul nak ajak semua rakan-rakan lepas ni rancang la perjalanan tu..sebab bila rancang ni..actually boleh kurangkan kos..selalu pagi-pagi lagi kita dah tempuh jem nak ke tempat kerja. Bila jem ni, lagi banyak minyak yang kita guna kan. So kena cari jalan bagaimana nak kurangkan perjalanan semasa jem ni.

.

Contoh waktu tengah hari selalu kita keluar lunch kan..masa lunch tu memang jem kan..so secara tak sedar banyak minyak kita guna..so lepas ni cuba beli makanan waktu pagi tu untuk lunch siap-siap..so time lunch tak perlu keluar..jimat minyak kereta kan..so boleh la jimat petrol..memang kena scarify sikit..kadang-kadang bila terasa nak makan luar masa lunch boleh la..cuma lepas ni ajar diri time lunch tak perlu keluar dah..dah bawa bekal siap-siap..

.

Beli barang dapur seminggu @ dua minggu sekali : Kalau sebelum ni tiap-tiap hari keluar beli ikan, dan barang-barang dapur..apa kata tukar rutin tu..tak perlu nak keluar tiap hari..keluar seminggu @ 2 minggu sekali..beli barang banyak terus..beli ikan banyak-banyak..beli sayur siap-siap untuk seminggu, jadi tak perlu la nak keluar banyak kali untuk pergi beli barang dapur kan? Jimat petrol kereta..jimat masa lagi..lagi pun banyak cara boleh buat untuk kekalkan kesegaran ikan dan sayur-sayur dalam peti sejuk.

.

Beli kereta ikut kemampuan : Nurul nak share tentang seorang kawan Nurul..dia bergaji RM2500, hidup di Bandar Kuala Lumpur ni tapi beli Vios Toyota dengan bayaran setiap bulan dalam RM1000..duit rumah sewa dia saja RM700..so baki duit ?? hanya RM800…nak makan lagi..nak isi minyak petrol lagi..last-last tak tahan..lari balik kampung..Moralnya kat sini..ukur baju kat badan sendiri.

.

Kalau beli kereta tu ingat ye bukan untuk menunjuk-nunjuk..tapi untuk keperluan. Beli ikut kemampuan bayar la..buat apa nak menunjuk kita ni kaya tapi poket tu kering…Nurul bukan nak kata Nurul bagus..tapi prinsip Nurul mudah..selagi boleh jimat, Nurul akan jimatkan duit..biar nampak kuno..huhu..Nurul kerja lecturer tapi sampai sekarang Nurul naik kereta kenari buruk Nurul tu je. Tak tukar-tukar..kereta kenari 2nd hand tu Nurul beli masa Nurul belajar ph.D..sampai sekarang Nurul masih guna, dan yang penting dah habis bayar. Jadi Nurul dah tak perlu bayar duit keta..jimat duit Nurul tau.

.

Ok..diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak ada manfaatnya untuk semua. Kalau ada banyak cara lagi nak berjimat..follow je..sekarang dah tak macam dulu..sekarang dunia yang perlukan duit je kan..jadi kita pun kena bijak untuk jimatkan poket kita..kalau tak..alamatnya tak sampai ujung bulan..dah makin kering poket kita kan.
.
Selamat beramal..

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *