TIPS 2 LIMA CARA JIMAT DUIT  by Dr.Huda

jimat-duit

.

Assalamualaikum wbt..
Untuk entry kali ini Nurul nak share 5 cara untuk jimat duit..cara jimat duit ini adalah berdasarkan rutin harian kita sendiri. Hope panduan ni dapat membantu sedikit sebanyak menjimatkan duit kita semua..walaupun sedikit tetapi kita tetap berusha untuk berjimat.

..

  1. Beli Barang Secara Borong
Nurul nak ajak rakan-rakan semua jom beli barang dapur selepas ini secara borong. Dengan cara ini kita dapat menjimatkan masa dan wang kita. Kenapa menjimatkan wang? Kerana dengan membeli secara pukal, ini dapat mengelakkan kita daripada membeli barang yang bukan keperluan.

.

Budget siap-siap..seminggu hanya belanjakan RM150 untuk barang-barang dapur..beli ikan, beli sayur semua siap-siap..lepas tu tiap kali sebelum pergi kerja tu, masak siap-siap..korbankan sejam masa awal pagi untuk masak.

.

Tak salah bangun pukul 5 pagi untuk masak. Lepas tu bawak bekal ke tempat kerja..memang sangat jimat. Bayangkan sehari belanja makan di tempat kerja RM10..kalau 20 hari kita bekerja dalam sebulan, maka kita dah jimat RM10 x 20 hari = RM200.00..Jimat tak? Jimat sangat.

.

Masa pun tak terbuang..letih-letih balik kerja, nak kena beli barang lagi, nak masak lagi..kalau Nurul..memang pagi-pagi masak dulu..lepas tu bawak bekal. Petang nanti balik kerja, panaskan je makanan yang dah masak pagi tadi..settle..
.
  1. Beli Barang Secondhand
Apa salahnya beli barang secondhand. Kadang-kadang kita tak perasan beli barang baru pun, after 2 month dah jadi secondhand..cuba fikir-fikirkan apa barang secondhand yang boleh kita beli dan gunakan untuk seharian…

.

contoh BUKU..ada banyak buku-buku secondhand yang harganya jauh lebih murah daripada harga pasaran..boleh rujuk dalam Mr. Google ye kat mana nak cari..bayangkan anak-anak kita nak baca komik (dah hobi dia kan) ke..kita nak cari majalah ke, nak beli buku lukisan untuk anak ke..

.

ha..beli je yang secondhand..jimat dekat 50% duit tau..buat lah kalau tak percaya..lepas tu kalau ada barang-barang yang nak dibeli macam katil ke, kusyen ke..cari je kat Mudah.com..memang harga jauh lebih murah daripada harga pasaran..cari yang Nampak ok..pastu beli la..memang berbaloi giler…sebab memang Nurul buat..sebab tu Nurul ajar you all buat..

.

  1. Beli Barang Ketika Promosi, Diskaun, Megasale
Ini memang kena manfaatkan. Contoh ujung tahun memang ada megasale..so beli siap-siap barang KEPERLUAN..contoh untuk keperluan raya..beli siap-siap baju raya, langsir ke..apa je lah..beli time sale..harga barang RM100 pun boleh jatuh sampai RM30..nampak tak betapa boleh jimatnya duit…sampai 70% jimat duit..so jadilah pengguna yang bijak…

.

  1. Masak dan Makan Di Rumah Sebelum Keluar Untuk Bersiar-Siar
Yang ni memang Nurul buat. Sebab tiap-tiap minggu memang anak ajak berjalan..ye lah, bosan kan duduk rumah je..at least bawak gi main kat Mid Valley ker…

.

Bayangkan kalau setiap minggu keluar berjalan..agak-agak berapa kos makan kat luar kalau satu family..katakan makan kat Chicken Rice Shop..satu kepala boleh cecah RM20.00..kalau kita ada anak 3 orang..so campur husband jadi 5 orang X RM20 = RM100..tu tak campur lagi barang lain bila berjalan-jalan..roti la..kek la..donut lagi…adusss parah camni..

.

Tak kan sekali keluar dah kena belanja dekat RM200..kalau sabtu dan ahad..pastu tiap-tiap minggu pulak?? Memang sakit la..so cara Nurul..Nurul akan masak siap-siap kat rumah..so semua makan dulu sebelum keluar..air masak pun bawa siap-siap dalam beg untuk berjalan-jalan nanti..dah tak perlu beli air..

.

So bila keluar berjalan tu, memang save la duit untuk maakn..ye la, masing-masing dah kenyang…kalau nak makan kat luar sangat..boleh…maybe boleh tetapkan 2 kali je dalam sebulan..kan senang macam tu..kena scarify sikit sebab dunia KL sekarang dunia DUIT!!!.

.

  1. Bawak bekal ke tempat kerja
Yang ni Nurul dah explain bahagian no 1 tadi. Tapi yang ni memang Nurul nak ajak sangat-sangat semua yang bekerja tu…masakla kat rumah..lepas tu bawak bekal ke tempat kerja..Nurul memang jimat setiap hari RM10 X 20 hari = RM200 sebulan..sebab tiap-tiap hari Nurul bawak bekal ke tempat kerja..sekali sekala bolehla kalau nak keluar makan dengan kawan-kawan office..tapi cubalah berjimat..Ala..macam la makan kat luar sedap sangat..dah la tak berkhasit..guna minyak pun yang dah berkurun yang berkali-kali guna..kolestrol tinggi..sayur pun basuh bukan cuci sangat kan…setuju tak?? Baik kita buat sendiri..kita tahu kebersihan kita masa memasak..so….

.

selamat beramal

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.