Tips 1 Kesihatan : Petua Hilangkan Bau badan dengan mudah tanpa sebarang kos by Dr.Huda

Assalamualaikum..
Sekarang menjadi viral kan masalah kenaikan kos sara hidup..jadi macam mana cara pun, kena kurangkan kos dan jimatkan duit.

Ok, tips kali ini yang Nurul nak share ni akan menjimatkan wang you all sebab lepas ni you all tak perlu lagi beli deodorant kan..tapi minyak wangi kena beli ye..sunnah Nabi SAW..Berwangi-wangian memang sunnah Nabi..Nurul tak nak ajar you all something yang berlawanan dengan ajaran Nabi..

Cuma Nurul nak share bagaimana untuk hilangkan bau badan saja. Cara ni diajarkan oleh teacher Nurul..iaitu Teacher Hanim..Nurul memang ingat nama teacher Nurul ni. Sejak dia bagi petua ni, Nurul memang buat sampai la sekarang. So ketiak Nurul memang tak berbau langsung dan tak perlukan deodorant langsung. Jimat duit.

bau-badan

Tipsnya : Masa mandi tu, you all duduk mencangkung, kemudian letak ketiak you all atas lutut. Kemudian gosok ketiak tersebut atas lutut you all dalam kiraan 30 hingga 50 kali. Buat untuk kedua-dua ketiak..ketiak kanan gosokkan atas lutut kiri.. manakala ketiak kiri gosokkan atas lutut kanan..Buat ni sekejap sangat..tak ambil masa pun..buat la tiap-tiap hari, maka ketiak memang comfirm tak akan masam dan berbau..

Ketiak ni kan tertutup 24 jam oleh lengan kita. That’s why bila berpeluh tu, peluh lekat dan terperap bawah ketiak. Akibatnya bau badan akan masam akibat bau ketiak tu. Sebab tu orang yang kuat berpeluh ni kuat bau badan dia sebab lagi banyak peluh lekat celah ketiak. Lagi satu kebanyakkan orang yang bekerja dalam pejabat berair cond memang selalunya jarang berbau badan..kecuali lah dia obes..Obes kebanyakkan memang akan berbau..sebab obes memang kuat berpeluh…

Sekian..selamat beramal

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *