KISAH FARIHAN KURUSKAN BADAN TANPA MAKAN SEBARANG PIL KURUS

Untuk kurus ; perkara yang perlu dilakukan ialah :
Buang toksin dalam badan + Tingkatkan metabolisme badan + bakar kalori / lemak = kurus

 

Nak share kisah Nur Farihan..bagaimana dia boleh kurus
dari 100KG ke 58KG TANPA UBAT & PIL KURUS

farihan-before-obese

masa zaman obes ~ suka sangat makan

Bayangkan berat Farihan ialah 100KG. Tapi dia mampu kurus dan mendapat berat badan sebanyak 58KG..semua ini bukan berlaku dalam tempoh masa sedetik @ seketika..tetapi proses kurus Farihan berlaku selama setahun..

RAHSIANYA..beliau mengamalkan gaya pemakanan dan gaya hidup yang betul untuk memenuhi formula untuk kurus iaitu buang toksin dalam badan + tingkatkan metabolisme + bakar kalori..akhirnya beliau dapat menguruskan badan.

Menurut Nur Farihan, semasa beliau masih Obesiti :
“Fast food ialah makanan kegemaran saya. Hobi saya ialah makan. Pantang ada duit sikit, saya pasti laburkan untuk membeli makanan. Bayangkan saya akan makan dua bungkus nasi lemak, berlaukkan ayam setiap hari. Saya gemar minum air manis terutama air coklat. Saya langsung tak makan sayur”.

Sebenarnya Farihan pernah cuba dan mencuba untuk kurus. Tapi tak berjaya..sebabnya tiada panduan dan cara yang betul. Pada tahun 2013, Farihan terbaca website Kevin Zahri tentang kejayaan menurunkan berat badan..so dari sini Farihan terdetik untuk kurus.

Setelah membuat “research” tentang info-info kurus daripada Kevin Zahri dan juga menerusi banyak bahan bacaan tentang cara untuk kurus dan cara untuk menjaga serta memilih pemakanan harian.

 

 

after-3-600x600

Alhamdulillah selepas setahun mengamalkan gaya hidup
dan pemakanan yang sihat

 

MENU DIET UNTUK KURUS FARIHAN setiap hari

07 PG : Sarapan roti wholegrain bersama sebiji telur dan air green tea
10 PG : Makan epal sebiji
12 PM : Lunch makan nasi kurang dari segenggam, sayur & ikan @ ayam bakar seketul
03 PM : Kunyah kekacang dalam 10-12 biji (kekacang mempunyai lemak baik)
06 PM : Dinner bergantung keadaan rutin. Kadang-kadang beliau makan ayam@ikan bersama sayur, atau jika bersenam just minum susu bersama oat

 

TIDAK MENGAMBIL SEBARANG PIL KURUS TAPI BOLEH KURUS

Rahsianya beliau makan pada kadar kalori yang betul & amalkan bersenam setiap hari..kecuali sabtu & Ahad untuk merehatkan badan

Setiap hari Farihan akan senaman , tak kisah macam mana..jogging, swimming, jumping ke..yang penting buat pergerakan…

Sebenarnya nak kurus mudah je…mesti makan dalam jumlah kalori yang betul & mesti bergerak setiap hari. Itu saja rahsianya. 80% adalah makan dalam jumlah yang betul..manakala 20% lagi adalah pergerakan @ senaman.

Bila banyak bergerak @ senaman = akan bakar kalori + tingkatkan metabolisme badan
Minum air masak 8 gelas sehari & senaman = untuk buang toksin

So..dah tahu kan macam mana nak kurus? Kena ada azam & semangat untuk kurus yang tinggi..

InsyaAllah boleh kurus..

 

 

 

 

 

 

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *