TIPS 1 ULANGKAJI BERKESAN UNTUK PARA PELAJAR SEKOLAH

semangat-belajar

..

Assalamualaikum..

Ok..Entry kali ni saya nak share tips-tips ulangkaji berkesan berdasarkan pengalaman saya belajar sehingga saya dapat score 7A PMR dan 8A SPM. Nak kata cemerlang sangat, tak juga. Tapi dapatla nak share macam mana cara saya buat hingga mampu score direct A.

.

Ok, selalunya para pelajar pasti akan ada pelbagai masalah untuk ulangkaji pelajaran. Macam-macam masalah sampai tak dapat study dengan baik. Antara masalah yang sering dihadapi para pelajar ialah..

.

  • Tidak mampu mengingati apa yang dipelajari walaupun mengambil masa yang lama untuk membaca
  • Tak sempat nak study sebab banyak sangat aktiviti sekolah dan homework
  • Subjek matematik tak dapat catch up
  • Letih dan mengantuk sampai tak dapat study waktu malam
  • Terlalu banyak mata pelajaran sampai tak tahu nak belajar macam mana supaya semua mata pelajaran dapat dipelajari

.

Ok, itu hanya sebahagian permasalahan para pelajar. Ada banyak lagi sebenarnya masalah yang dihadapi para pelajar. Disebabkan adanya masalah maka kena lah ada penyelesaiannya. Kalau tak diselesaikan masalah ni, maka tak berjayalah proses ulangkaji dan pembelajaran para pelajar.

.

Kat sini saya nak share tips-tips untuk atasi masalah-masalah seperti kat atas. Tips-tips ini memang saya amalkan sendiri semasa zaman belajar dahulu. So sedikit sebanyak semua masalah kat atas dapat saya atasi dengan lebih mudah.

.

Tips pertama yang saya nak share kali ni ialah SEDIAKAN JADUAL BELAJAR.

.

Apabila bergelar pelajar, ini adalah pekara utama yang wajib para pelajar buat. Kalau tak ada jadual belajar, alamatnya tunggang langgang ulangkaji dia. Jadi tak consistent, tak balancing masa belajar dan akan ada subjek yang tak dapat study sebab para pelajar ingat tak cukup masa.

.

Ok, untuk atasi masalah ni, memang wajib susun jadual belajar. Cara saya susun jadual belajar:

.

  1. 5:30 pagi : Bangun pagi. Bersiap-siap ke sekolah. Jarak rumah ke sekolah mengambil masa selama 1 jam 10 minit. Memang lama kan. Jadi masa dalam bas, saya memang akan study note belajar saya
  2. 1:30 ptg : Balik dari sekolah
  3. 2:40 ptg : Sampai rumah dan terus solat. Lepas solat saya akan tidur sekejap area 15 ke 20 minit. Penting untuk saya tidur sekejap supaya saya dapat energy balik untuk study waktu petang.
  4. 3 : 30 ptg : Bangun daripada tidur, mandi dan makan.
  5. 3:45 – 5:15 ptg : Kemudian saya akan terus buat homework yang cikgu bagi. Kalau tak ada homework, saya memang akan membaca buku selama sejam setengah. Lepas tu terus buat nota isi-isi yang saya baca dari buku tu.
  6. 5: 15 – 5: 30 ptg : Solat Asar
  7. 5 : 30 – 6: 30 ptg Buat latihan matematik. Wajib buat latihan matematik supaya tidak lupa formula dan jalan kira.
  8. 6: 40 ptg Saya akan rehat, tengok TV atau siar-siar kat luar rumah sambil borak-borak dengan mak dan adik.
  9. 7:00 – 9:00 mlm Mandi, solat maghrib, makan malam, solat Isyak
  10. 9 :00 – 12 : 00 mlm Malam saya ambil sepenuhnya masa untuk membaca buku. Saya dah susun siap-siap mata pelajaran apa yang perlu dibaca. Contohnya Isnin untuk study sejarah, Selasa saya study sains, Rabu saya study Kimia, Khamis study Biologi..Macam tu saya buat. Tiap hari mesti membaca. Lepas baca habit saya, saya akan buat note balik..tulis isi-isi penting supaya lagi mudah ingat. Tapi buat note ni mesti tak boleh rujuk buku. Mesti tulis semua yang kita ingat dari ingatan kita. Ini sebenarnya sangat membantu untuk kita mengingat isi-isi kandungan buku.
  11. 12:00 – 1: 00 pagi Last sebelum tidur, saya akan buat 2 hingga 3 soalan Matematik Tambahan. Saya buat tiap-tiap hari untuk pastikan saya ingat semua formula dan langkah kerja. Alhamdulillah Matematik Tambahan untuk SPM saya score A. Remember, practice make perfect.
..
Ok, setakat itu dulu tips pertama saya untuk belajar secara berkesan. Jadual belajar wajib buat ye. Ini dapat bantu kita untuk berdisplin dalam belajar. At least kita berada pada laluan yang betul dan untuk pastikan kita study semua subjek yang kita belajar tiap hari. All the best.

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *