Tips 2 ULANGKAJI BERKESAN UNTUK PELAJAR SEKOLAH

Assalamualaikum…
Ok, kali ni saya nak share satu lagi tips bagaimana caranya kita nak study cara berkesan.

.

motivasi-belajar
.
Pernah tak terjadi bila adik-adik belajar dan baca buku sampai berjam-jam tapi lepas tu tak ingat apa pun yang dibaca.
.
Pernah tak juga terjadi bila adik-adik belajar, lepas tulis note..tapi bila nak ingat balik note tu, tak boleh sebab tak ingat langsung isi kandungan yang dibaca dalam buku tu.
Pernah tak terjadi bila adik-adik baca buku tapi blur…ntah apa yang dibaca pun tak tahu..
..
Kannn… Selalu jadi kan masalah-masalah macam ni.. so macam mana nak buat??
Saya nak share tips macam mana caranya nak mengingat isi kandungan yang dibaca dengan betul dan supaya ingatan tu long lasting..
Berdasarkan pengalaman saya sendiri.. tips-tips mengingat isi kandungan apa yang dibaca dalam buku teks sekolah
..
Tips mengingati fakta dan isi kandungan
.
  1. Sebelum membaca buku tu jangan lupa mulakan dengan Bismillah dan doa. Doakan supaya apa yang dibaca tu dapat diingati dengan lebih mudah.
.
  1. Saya akan make sure saya membaca pelajaran yang memang saya belajar kat sekolah hari tu jugak. Contoh kat sekolah saya belajar subjek sejarah, so petang tu jugak saya akan baca subjek tersebut untuk make sure saya lagi mudah mengingat isi kandungan dan point point penting dalam subjek tersebut
.
  1. Cara saya membaca : Contoh saya nak habis dua sub topik dari muka surat 12 hingga 14.
    i) Saya akan baca sekali lalu kedua-dua sub topik dari muka surat 12 hingga 14 tersebut
    ii) Saya akan baca by perenggan. Setiap isi yang ada dalam kandungan tersebut, saya akan underline kan. So yang diunderline itu adalah main pointnya.
    iii) Setiap perenggan yang saya baca, ada je main point, saya akan underline. Contohnya:
.
“Malaysia mengamalkan pemerintahan secara demokrasi berparlimen”.
So main point kat sini ialah demokrasi berparlimen.
Jadi saya akan hafal fakta tentang apa yang dimaksudkan
dengan demokrasi berparlimen tersebut.
.
  1. Kemudian saya akan hafal fakta-fakta bagi main point yang diunderline tersebut. Membaca sahaja tidak cukup. Adik-adik kena hafal apa yang dibaca. Hafal yang dimaksudkan ialah hafal main point dan fakta berkaitan yang diunderline. Once adik-adik boleh hurai balik apa main point yang diunderlinekan tu.. means adik-adik dah boleh mengingat fakta-fakta tersebut.
.
  1. Macam yang saya mention sebelum ini, saya akan underline main point by perenggan. Setiap perenggan pasti akan ada main point. So main point ni saya akan tulis pada ruang kosong tepi buku. Setiap helaian dan muka surat kan ada ruang kosong. So ruang kosong ni lah yang saya gunakan untuk tulis main point. Selalunya main point ni dalam 2 atau 3 words je. So bila saya buka balik buku tu, saya dah nampak point-point penting. Sekaligus amat membantu saya untuk mengingat fakta-fakta dalam buku.
.
  1. Kemudian, selepas saya dah selesai membaca, cth muka surat 12 hingga 14, saya akan tutup buku yang dibaca tadi. Kemudian selepas tu saya akan ambil buku kosong lain, dan tulis balik semua main point yang saya underline tadi.. Ini saya buat tanpa membuka buku yang di baca tadi dah. Saya menulis main point tersebut berdasarkan ingatan saya. Selepas itu saya akan huraikan kembali main point tersebut tanpa membuka buku. Tujuannya supaya saya dapat cabar daya ingatan saya tadi.
.
  1. Kesemua catatan main point yang saya tulis dalam buku kosong tadi akan saya gunakan untuk ulangkaji. Ini bermakna saya sudah tidak mengulangkaji buku teks lagi, sebaliknya saya mengulangkaji nota yang saya catat dalam buku kosong tadi.
.
  1. So kesimpulannya cara saya baca ialah,
“Baca subjek yang diajar pada hari tersebut.”
“Semasa membaca buku by perenggan, underline kan main point penting, kemudian hafal fakta berkaitan yang diunderline tersebut.”
“Selepas habis membaca, buat nota kecil, dengan cara menulis main point tadi”
“Revise balik nota kecil, bukan buku teks”
Selamat beramal
..

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *