Tips 3 Ulangkaji Berkesan Untuk Pelajar Sekolah

Cara-Belajar-yang-baik-efektif-dan-efisien
Assalamualaikum..
ok..untuk tips kali ni saya akan share satu lagi tips cara paling berkesan dalam study untuk pelajar sekolah.

 

Pernah kan adik adik dengar STUDY SMART AND STUDY HARD. Benar kita kena study hard tapi at the same time kita kena study smart. Tapi persoalannya macam mana nak study smart ni?

 

Belajar di Awal Waktu

 

So saya nak share tips berkaitan study smart iaitu salah satunya ialah BELAJAR DI AWAL WAKTU, BUKANNYA BELAJAR DI SAAT SAAT AKHIR.

 

Actually.. tips ni sering kali disebutkan dalam ceramah ceramah motivasi. Kenapa sering disebut? Sebab inilah kaedah terpenting yang wajib para pelajar gunakan dalam ulangkaji pelajaran.

 

Subjek yang adik-adik perlu cover banyak kan. Untuk PMR saja sekurang-kurangnya 8 subjek. Untuk SPM pun sekurang-kurangnya 9 subjek. Banyakkan. Dalam setiap subjek pula sekurang-kurangnya ada 15 topik yang perlu dipelajari. Itu tak kira lagi sub topik kecil-kecil.

 

Bayangkan kalau adik-adik nak kena study semua subjek dengan beratus ratus topik dalam masa 7 hari? Satu subjek yang mempunyai beratus-ratus muka surat tu dalam masa satu hari. Sehari ada 24 jam. Tapi bukan semua 24 jam adik-adik boleh gunakan untuk study. Adik-adik perlu tidur, makan, mandi, solat.. so berapa jam sangat yang adik adik ada untuk study??

 

Sebab tu adik-adik tak boleh budget nak study bila dah dekat sangat dengan masa exam. Sebabnya nanti confirm adik-adik tak sempat habiskan ulangkaji semua subjek. Macam mana nak coverkan semua sub topik tu dalam masa singkat.

 

Apa jadi pun, adik-adik kena study by hari..  bukan by minggu or by bulan ye.. Maksud saya tak boleh study or ulangkaji seminggu sekali atau sebulan sekali. Tak boleh. Caranya tiap- tiap hari adik adik wajib study.

 

Ingat ye.. study bukan perkara mudah sebab tugas kita untuk mengingati semua fakta dan topik. Kita dicabar untuk mengingati pelbagai fakta meliputi formula matematik, kaedah hitungan, fakta sejarah, dan sebagainya.
So apa jadi pun.. adik adik wajib study SETIAP HARI. Itu saja senjata untuk berjaya dan dapat score A dalam subjek. Bila adik adik study awal.. InsyaAllah banyak masa adik-adik boleh guna untuk cover fakta fakta dalam banyak sub topik penting.

 

 

Sediakan Nota Kecil

 

Adik – adik kena faham satu perkara. Banyak subjek yang perlu dicover, di baca dan diingati. Bagi saya sendiri, based by my own pengalaman, saya memang akan sediakan nota kecil. Nota  ni saya bawa ke mana-mana saya pergi. Saya tak bawa buku bila keluar dari rumah utk apa-apa aktiviti, tapi bawa kertas nota kecil. Sambil bersiar-siar (hilangkan stress belajar) kat Taman ke, sambil duduk-duduk ke, sambil naik bas ke, saya baca nota – nota tu secara santai. Baca santai – santai supaya saya ingat balik apa yang dah dibaca..

 

Nota ni saya sediakan selepas saya membaca, dan menghafal fakta. (saya ada mention dalam tips ulangkaji 2, www.drnurulhuda.com). Nota ini sangat -sangat membantu saya. Mungkin orang tak buat macam ni, tapi saya buat. Memang berkesan sebab saya boleh ingat fakta dan tidak lupa. Benda kalau kita ulang setiap hari memang akan ingat kan..

 

 

 

Baca Buku dan Hafal Fakta Sekurang-kurangnya 3 Kali

 

Percaya tak saya cakap.. setiap kali exam, sekurang-kurangnya saya dah khatam 3 kali buku yang di baca  dari kulit depan hingga kulit belakang. Means saya baca semuanya dan saya mengulang membaca fakta, mengingat sehingga 3 kali bacaan, kadang-kadang lebih. Selagi saya tak mengulang 3 kali, saya tak akan puas hati. Walaupun  buku itu beratus-ratus muka surat, saya ulang juga sampai 3 kali. Alhamdulillah, saya mampu ingat fakta-fakta dalam buku dengan mudah. Subjek Sejarah contohnya. Sebelum peperiksaan saya dah khatam 3 kali bacaan. Sehinggakan bila masuk ke dewan exam dan tengok soalan peperiksaan, jawapnnya terakam dalam ingatan saya dengan sangat mudah. Jadi saya cadangkan pada adik-adik baca buku berulang kali supaya fakta-fakta penting dapat diingati dengan kuat.
Ok.. setakat itu dulu tips saya kali ni.. kita jumpa lagi next artikel.

 

 

“Study hard study smart.. belajar awal supaya tidak tergesa-gesa ketika waktu peperiksaan hampir menjelma..”
Saya doakan adik adik berjaya..
All the best.

 

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

4 Comments

  1. Terima kasih doktor. Saya seorang guru di sebuah sekolah rendah dan seorang ibu. Berada di luar bandar. Nasihat ini sangat berguna untuk memotivasikan anak murid dan anak saya sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *