Tips Duit Gaji Cukup

hqdefault

 

 

Assalamualaikum.. kali ni nak share tips supaya gaji bulanan kita cukup untuk perbelanjaan sebulan.

 

Ok.. always happen kat kita bila dah sampai hujung bulan, duit gaji dah kering sangat, kadang – kadang sampai tak cukup.. terpaksa pula pinjam dari kekawan or ahli family..

 

Selalu kita salahkan gaji kita sikit sebab tu tak cukup.. Act itu bukan asbab utama kenapa duit gaji kita tak cukup. Kadang – kadang gaji sampai 7,8 ribu pun tak cukup. Tapi orang yang gaji 2 ribu lebih cukup pula berbanding gaji 7,8 ribu tadi. Tentu ada sebabnya..

 

Ok.. lets me share tips yang boleh kita sama – sama buat supaya gaji yang kita dapat every month tu cukup.

 

Sedekah

 

Ini adalah tips paling mudah yang memang orang tak buat. Sedangkan Allah dah bagi tahu.. sedekah 1 akan dibalas 10. Antara nak buat dengan tak buat je.

 

Sebenarnya orang yang tak sedekah ni sebenarnya dia tak yakin janji Allah. Keyakinan tu tak ada dalam diri. Kalau tiap hari sedekah.. tengok la nanti rezeki tu datang mencurah – curah tanpa disangka – sangka. Sedekah ni umpama magnet duit sebenarnya. Tapi orang Islam kita tak nak guna magnet duit ni.. tak tahu lah nak yakinkan macam mana lagi. You all buatlah dulu.. nanti tengoklah hasilnya ye..

 

Kalau rasa susah nak bagi banyak.. start bagi sikit2.. contoh sediakan siap2 duit tabung sedekah / dompet duit untuk sedekah.. masukkan duit rm2 tiap – tiap hari dalam dompet tu.. (ini kes kalau susah nak jumpa tempat untuk bagi sedekah) .. duit yang simpan dalam dompet tu blh bagi sedekah kalau once you all pergi masjid ke.. jumpa orang susah ke.. bagi je..

 

Rezeki ni milik Allah.. seluas2 dunia ni.. semua hak Allah. Yang kita dapat gaji duit tu pun hak Allah.. jadi bila Allah kata bagi sedekah.. kena lah ikut perintah Allah.. mesti ada asbab nya.. Yakin.. Yakin… dan Yakin.. InsyaAllah ada nikmatnya nanti..

 

Rancang perbelanjaan harian

 

Apa jua yang kita buat dalam hidup mesti ada perancangan. Kalau tak rancang.. memang susah jalan yang kita lalui tu lurus.

 

Bila dah ada gaji.. benda pertama kena buat adalah rancang setiap item yang perlu dibelanjakan. Saya bagi contoh perancangan perbelanjaan bulanan saya bersama suami..

 

  • Bil – bil yang PERLU dilangsaikan ; bil api, bil air, bil telefon, duit rumah dan bil astro.. total RM1500.00
  • Belanja dapur ; seminggu saya belanjakan RM200 x 4 minggu  = RM800
  • Pengasuh anak bongsu : RM300
  • Yuran sekolah anak : RM480
  • Belanja kerja : duit minyak kereta sebulan RM400 + duit tol RM100 + duit makan di tempat kerja RM10 x 20 hari .. total RM700 X 2 orang = RM1400.00
  • Bagi mak ayah RM1000
  • Pempes dan susu anak sebulan RM400
  • Lain – lain belanja RM500

Total perbelanjaan dalam RM6400.00.. Jadi saya bahagi siap – siap duit yang PERLU dibelanjakan ni supaya perbelanjaan gaji saya memang dalam pantauan.

 

Bila dah bahagi perbelanjaan ini.. so secara tak langsung saya dan suami berbelanja mengikut keperluan.. bukannya kemahuan. Tetapi jika ada nya barang ‘tambahan’ yang perlu dibeli.. jadi kami akan rancang bagaimana untuk mampu membeli barang tersebut.. Selalunya kes macam ni kami guna duit simpanan..

 

Simpan 10% daripada jumlah gaji

 

Ini yang selalu orang tak buat sebab masing – masing pikir duit gaji tak cukup nak simpan. Sebenarnya inilah antara perkara wajib yang mesti dibuat supaya duit gaji cukup. Pelik ke? Tak pelik pun sebenarnya. Sebanyak mana pun duit ada dalam tangan, confirm akan habis juga. So.. nak tak nak, mesti kena simpan juga. Displin kan diri untuk simpan 10% sahaja..

 

Contoh gaji sebulan RM3000.. 10% daripada 3000 = rm300..

So simpan tiap – tiap bulan hanya rm300.. jika setahun dah ada rm3600.. Act apa tujuan simpan 10% daripada duit gaji??? Duit simpanan ini sebenarnya untuk kecemasan. Bayangkan kalau tak ada simpanan, tapi tiba – tiba ada hal yang tak dapat dielakkan.. mana nak cari duit kan.. Macam yang saya cakap tadi.. banyak mana pun duit,  mesti habis juga. So simpan duit supaya duit gaji cukup..

 

Beli barang keperluan bukan kemahuan

 

Kita tahu sekarang ni zaman gawat.. ekonomi dah makin teruk kan.. So jangan ikut sangat kemahuan diri yang tak pernah susut. Beli barang yang perlu bukan barang yang kita mahu..

 

Selalunya perempuan ni nafsu nak membeli ni sangat tinggi kan.. Kasut dah ada.. tapi bila nampak sale je.. nak beli lagi.. Saya ni beli kasut 2 pasang sahaja. Sepasang untuk pergi kerja.. Sepasang lagi untuk keluar mana – mana tempat.. Jadi act kita ni kena kawal perasaan je.. Jangan terlalu ikut kemahuan.

 

Langsir kat rumah tu selagi boleh guna.. guna je kan.. tak perlu nak bertukar. Macam saya cakap tadi.. mesti ikut keperluan kalau nak membeli.. bukan ikut kemahuan. Buat list siap – siap barang yang perlu dibeli supaya dapat elakkan diri daripada beli barang kemahuan yang sememangnya tak perlu pon..

 

Beli barang ketika sale

 

Percaya tak act kita boleh jimat hampir 20% duit gaji kalau kita pandai berbelanja.. Belanjah time sale.. kalau bukan sale.. beli barang ikut keperluan. Tapi bila ada sale.. beli barang yang memang perlu beli tu banyak2.. contoh beli pempes anak siap – siap dalam kuantiti yang banyak.. apa pun nanti perlu beli jugak kan.. Jadi cari jalan supaya duit boleh disavingkan.. bak kata pepatah.. Jadilah pengguna yang bijak..

 

Ok.. setakat itu dulu tips daripada saya supaya duit gaji bulanan kita mencukupi.. Selamat beramal..

 

 

 

 

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *