Tips Jimat Elektrik

kablosuz-elektrik-projesi1

 

 

Assalamualaikum..
Untuk entry kali ni saya nak share tips tips jimat elektrik..
Selalu kan bila sampai je bil elektrik.. mak aih.. mahal betul.. bil cecah beratus – ratus.. rumah tak da lah banyak sangat barang elektrik.. tapi bil cecah 300 – 400 ringgit..
Nak pasrah je ke?  “Tak pe lah.. bayar je.. dah memang kegunaan” .. Ye, memang betul.. kegunaan tetapi you all kena tahu, ada banyak cara nak bagi elektrik kat rumah jimat.. Nak tahu?? Meh saya share tips jimat elektrik di rumah..

 

 

 

PETI SEJUK
Peti sejuk wajib ada di setiap rumah. Peti sejuk sentiasa kita on. Jadi memang tak dapat lari dari penggunaan elektrik.. Tapi ada beberapa cara untuk jimat elektrik peti sejuk rumah you all semua..
  • Freezer yang penuh dengan barang lebih menjimatkan tenaga elektrik berbanding freezer yang kosong.. So kalau freezer dah kurang barang, cari alternatif untuk penuhkan balik. Spt you all buat ais kiub kat freeze you all. Buat banyak – banyak dan penuhkan freeze.. At least jimat sikit tenaga elektrik peti sejuk.
  • You all kena rajin untuk selalu bersihkan koil peti ais.. Koil ni kalau x bersih memang akan gunakan banyak tenaga elektrik..
  • Make sure pintu peti sejuk selalu ditutup rapat. Kalau x rapat itu yang menyebabkan udara luar masuk menyebabkan proses penyejukan tak optimum. Jadi peti sejuk perlukan lebih tenaga untuk sejukkan peti. Rugi tenaga elektrik..
  • Selalu kalau you all travel, balik kampung ke.. you all kena rajin setting peti sejuk tu pada tahap paling minimum.. Jangan pasang mode maksimum.. jimat tenaga peti sejuk..
  • Jangan masukkan makanan panas dalam peti sejuk.. Sebabnya bila makanan tu panas, peti sejuk perlukan lebih tenaga untuk sejukkan makanan panas tersebut
  • Letak peti sejuk di ruang pengudaraan yang baik.. Ini pun jimatkan tenaga elektrik yang digunapakai oleh peti sejuk

 

 

 

MESIN BASUH
Mesin basuh pun kita kena tahu cara guna supaya kita dapat jimatkan tenaga elektrik.
  • Mesin basuh ni masa kita basuh jangan overload. Bila overload.. tenaga elektrik yang digunakan tu banyak.. So better basuh baju dalam kuantiti sederhana
  • Seeloknya keluarkan pakaian yang perlu digosok selepas keringkan baju dari mesin basuh. So dalam keadaan macam tu lagi mudah untuk digosok menggunakan seterika. Bila lagi mudah.. lagi cepat siap gosok lagi jimat elektrik.
  • Jangan keringkan pakaian dalam kuantiti sedikit.. Rugi kan..

 

 

 

MENTOL/ LAMPU & SUIS 
Lampu / Suis adalah antara alat yang banyak menggunakan tenaga elektrik jika tidak digunakan dengan betul. So ikut panduan berikut untuk jimatkan tenaga elektrik..
  • Suis ; utk tips ni you all kena displin buat tiap hari.  Lama – lama nanti you all akan terbiasa buat. Make sure semua suis dal rumah jangan dibiarkan dalam mode standbye.. Sentiasa off kan. Plug – plug kena cabut. Jangan biar melekat pada suis. Act benda – benda ni dah selalu diingatkan oleh media.. tapi kita yang tak buat.
  • Lampu pula.. jangan pasang kalau tak guna. Kalau semua ahli family ada di ruang tamu.. so buka lampu di ruang tamu je lah.. tak perlu nak buka sampai  satu rumah.
  • Displinkan semua ahli keluarga untuk tutup lampu bilik tiap kali keluar dari bilik. Ini semua kena buat. Ingatkan sesama sendiri.
  • Antara kipas dan air cond.. better gunakan kipas sbb lebih jimat. Selagi boleh guna kipas.. guna lah kipas angin. Tapi kalau dah panas sangat baru guna air cond..
  • Guna lampu kalimantan berbanding mentol.. sebab lebih jimat tenaga.. cuba check voltan sebelum beli. Ambil yang paling rendah penggunaan voltan
  • Rajin cuci lampu ye.. kalau ada habuk dan debu pada lampu tu yang menyebabkan cahaya tak terang.. Jangan pula nak tambah banyak lampu dalam rumah..

 

 

 

Itu sedikit sebanyak antara tips tips yang boleh kita amalkan supaya penggunaan elektrik dapat dikurangkan.. Nak jimat elektrik kan.. So amalkan tips – tips mat atas.. semoga dapat membantu.

 

 

Regards :  www.drnurulhuda.com

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

2 Comments

  1. Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

    Tulisan yang menarik. Saya juga suka membaca dan menulis. Hehe…tips anda sungguhpun simple, ia tetap memberikan kesan kepada yang belum terfikir akan melakukan perkara yang di sarankan.

    Syabas! Perkongsian yang baik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *