Tips jimat elektrik II

karsiyaka-elektrik-3(1)

 

Assalamualaikum..

Sebenarnya ada banyak cara untuk jimatkan tenaga elektrik. Kalau kita mampu jimatkan penggunaan tenaga elektrik.. Insyaallah bil elektrik tiap – tiap bulan tak kan mencecah beratus – ratus ringgit.

 

Saya ada ceritakan sebelum ini beberapa tips untuk jimatkan elektrik daripada aspek penggunaan mesin basuh, peti sejuk dan suis / lampu di rumah. Boleh baca di bahagian info www.drnurulhuda.com.

 

Untuk kali ni.. saya nak share beberapa lagi tips untuk jimatkan penggunaan tenaga elektrik dirumah.. At least dengan tips ni bil elektrik rumah tak melambung tinggi tiap bulan..

 

AIR COND VS KIPAS ANGIN

 

Ada beberapa cara / tips supaya penggunaan air cond lebih jimat.

 

  • Air cond mestilah sentiasa diservice dalam masa 2 hingga 3 bulan sekali. Tujuannya supaya tahap kesejukan air cond lebih optimum. So tak banyak sangat tenaga digunakan untuk menyejukkan ruangan rumah.. Ini keran air cond itu sendiri berkemampuan untuk menyejukkan ruang rumah dengan lebih cepat.

 

  • Adalah lebih baik supaya membeli air cond baru sekiranya air cond lama telah berusia lebih 10 tahun. Ini kerana semakin lama usia air cond.. semakin kurang keupayaannya untuk menyejukkan ruang. Ini akan menyebabkan penggunaan tenaga elektrik akan lebih tinggi disebabkan kadar kemampuan air cond semakin rendah. For you all information.. air cond baru lebih jimat tenaga berbanding air cond lama..

 

  • Basuh sendiri kipas air cond. Buat sendiri je.. belajar untuk basuh sendiri.. mudah je. Tujuannya untuk bersihkan debu – debu dan kotor – kotor pada kipas air cond. Ini dapat menggalakkan supaya air cond lebih sejuk pada tahap optimum..

 

  • Antara kipas dan air cond.. penggunaan kipas lebih menjimatkan elektrik. So optimumkan penggunaan kipas berbanding air cond. Kalau hari hujan, tak perlu la guna air cond.. kan hari dah sejuk.. Tapi kalau dah panas sangat.. better juga air cond..

 

  • Sesuaikan ruang dengan kemampuan air cond.. Maksudnya tak sesuai kita tempatkan satu air cond dengan satu kawasan terbuka yang luas. Air cond perlu gunakan lebih tenaga jika ia perlu sejukkan satu kawasan yang sangat luas. Oleh itu.. ruang yang agak kecil adalah sesuai untuk satu air cond.. lebih jimatkan tenaga..

 

  • Semasa memasang air cond.. make sure semua pintu dan tingkap tertutup rapat supaya kawasan tersebut tidak terdedah kepada udara luar. Ini dapat memastikan air cond lebih jimat tenaga..

 

  • Saya suggestkan tanam pokok disekeliling rumah supaya udara di sekitar rumah lebih sejuk.. bila dah sejuk.. x perlu lah guna air cond kan.. memang tips ni jarang sangat orang nak buat.. satu sebabnya adalah bz.. x sempat nak tanam. Yang kedua ialah tanah x ada sekitar rumah.. rumah teres or apartment memang tak ada tanah kan.. umah teres mungkin la ada tanah sikit..

 

SETERIKA

 

  • Tips ni saya yakin ramai yang tahu.. Iron baju banyak sekaligus.. Ini sangat menjimatkan berbanding menggosok baju satu persatu setiap hari. Contoh nak pakai baju ke tempat kerja seminggu.. so gosok baju siap – siap untuk seminggu.. Kenapa dengan cara ini sangat menjimatkan elektrik.. Jawapannya sebab setiap kali iron dalam keadaan sejuk.. bila nak dipanaskan setiap kali nak iron baju.. tahap penggunaan elektrik sangat tinggi tiap kali nak panaskan iron tu.. Sebab tu kalau kita nak iron baju keja untuk seminggu.. And kita iron tiap hari.. means tiap kali mesti banyak voltan digunakan untuk memanaskan iron.. Tak jimatt.. tak jimat..

 

  • Iron baju yang baru dikeringkan dari mesin basuh. Dalam keadaan lembab.. baju akan cepat hilang keredut bila di ironkan. Lagi jimat sebab proses iron baju menjadi lebih cepat

 

  • Beli pakaian yang susah untuk keredut.. Tujuannya supaya tak perlu nak gosok baju yang tak keredut kan… Jadi lebih jimat penggunaan elektrik sebab tak perlu iron banyak baju

 

Ok.. setakat itu dulu tips untuk jimatkan elektrik.. Saya akan share lagi selepas ini dalam artikel berikutnya..

SELAMAT BERAMAL

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *