Tips Didik Anak Mudah Belajar

crop380w_istock_000002193842xsmall-books

 

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menulis. Kali ni saya ingin berkongsi tips iaitu bagaimana cara didik anak supaya mudah belajar.

 

“Selalu kan hadapi anak tak nak belajar.. bila disuruh study, mula lah banyak alasan.. sakit kepala la, mengantok la, lapar la.. last2 ibu ayah yang pening.. Nak paksa pun nanti belajar tak masuk langsung dalam ingatan”.. kalau situasi macam ni.. macam mana nak supaya dia rajin belajar?

 

So kali ni saya nak share mcm mana nak hadapi masalah macam ni..

 

  • Perkara pertama ini memang tak boleh tidak wajib kena buat. Ibu bapa kena doakan anak slps solat setiap hari supaya anak-anak jadi insan soleh solehah dan rajin belajar. Doa adalah senjata umat Islam. Allah dah kata.. Sesiapa yang berdoa, Allah akan makbulkan. Jadi doakanlah anak rajin belajar..

 

  • Tips ni berkaitan dengan peranan ibu bapa sendiri. Ibu bapa kena wujudkan suasana belajar dan membaca dalam rumah. Bayangkan kalau ayah main game.. ibu tengok TV.. anak?? camna pulak kan?? dia tengok ayah main game so dia pun nak main game lah. Kalau ibu dia kaki tv.. dia pun nak tengok tv jugak.. jadi kalau macam ni suasana rumah, memang tak hairanlah anak-anak malas belajar.. Sebagai ibu bapa, wujudkan suasana belajar untuk anak-anak dirumah. Beri perhatian dan sokongan untuk anak belajar. Kalau suasana rumah tiap-tiap hari adalah suasana membaca.. anak pun akan rajin membaca.. Tapi kalau sebaliknya.. boleh jawab sendiri kan.. Jadi ibu bapalah tolonglah main peranan untuk mencorakkan minat anak belajar

 

  • Puji anak. Yup. Ini kaedah psikologi yang sangat berkesan. Anak kalau dipuji.. dia lagi suka dan bangga. Jadi dia akan lebih berusaha untuk buat lagi. Contoh bila kita semak buku dia ada tanda merah (jawapan salah dalam buku jadi cikgu pangkah).. kita puji dan nasihat dia.. “Rajin anak ibu buat kerja homework. Salah tak pe.. kita belajar. Nanti dalam exam dah tahu jawapan yang betul.”.. Jadi bila kita puji dengan cara macam ni, diorang tak akan stress dan minat diorang utk belajar lebih terbentuk. Kalau diorang pegang buku.. puji lagi.. “Rajinnya anak ibu study. Orang yang rajin study ni budak  pandai tau. Nanti kawan – kawan pun suka.”.. Act pujian-pujian macam ni sangat penting supaya anak tau. Ini semua memberi kesan positif pada perkembangan emosi anak-anak. So rajin – rajin lah pujuk anak.

 

  • Kalau anak tak nak belajar, jangan herdik dia. Jangan marah dia.. Nanti dia lagi memberontak. Gunakan pendekatan psikologi.. Contoh.. “Adik tak nak belajar tak pe.. tapi tiap – tiap ujung minggu dah tak boleh main PSP kegemaran adik ye. Ibu cuma bagi main bagi anak-anak ibu yang rajin belajar je. Tak nak belajar tak pe.. its ok. Tapi PSP ibu simpan ye.. Ibu yang beli kan? ” masa cakap macam ni.. smile sikit supaya tak nampak kita marah dia.

 

  • Corakkan pola makan malam anak sebelum pukul 8 malam setiap hari. Sebabnya jika makan selepas pukul 8 malam, anak-anak akan lebih cepat mengantok. Jadi ini menjejaskan kualiti pembelajaran mereka. Tak bagus kan.. anak-anak nak belajar, tapi tak mampu nak fokus belajar sebab mengantok

 

  • Hargai anak semasa zaman dia belajar. Maksudnya kita pesan pada anak, “Kalau dia rajin baca buku, nanti dia bijak dan boleh dapat result yang bagus. Kalau dapat result bagus, ibu nak belikan hadiah”. Dengan cara ni, anak-anak akan rasa dihargai. Belajar rajin-rajin dapat hadiah. Kaedah ini boleh kita guna untuk anak-anak sekolah rendah. Nanti lama-lama dia akan terdidik untuk rajin belajar .

 

Setakat itu dulu tips kali ini.. Jumpa lagi next artikel

 ~Selamat Beramal~

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *