Fahami Hati Seorang Suami

rahsia-perkahwinan

 

Assalamualaikum..

Selalu viral je kata-kata Allahyarham P.Ramlee ni.. “siapa tak sayang isteri”..

 

Memang betul suami sangat sayangkan isteri. Sebagai isteri kita kena faham perasaan suami kita. Suami yang kita kenal masa awal perkahwinan secara biologinya dah tak sama dengan suami yang kita kenal lepas dapat 4, 5 orang anak.. Sebabnya banyak faktor.. Antaranya disebabkan oleh commitment dia yang dah bertambah.

 

Sebagai isteri.. kita kena faham perasaan seorang suami.. wajib kna faham sebab dia adalah suami kita.. Saya seru semua para isteri.. jom kita fahami apa yang sebenarnya seorang suami nak dari isterinya..

 

  • Suami nak isteri sayang padanya tanpa sebarang syarat – means bukan sebab harta, bkn sbb suami hensem, bkn sebab gaji.. yg pntg sbb diri dia sndiri.. terima seadanya..

 

  • Suami nak isteri hormatinya sebagai pemimpin keluarga – jangan bila isteri keja besar, gaji besar.. isteri lupa diri.. suka marahkan suami, tak jaga hati suami, tak hormat suami.. ini yang tak boleh. Haram hukumnya.. berdosa besar. Sebesar mana harta isteri sebenarnya amat kecil nilainya dibandingkan nilai wajib taat kepada suami

 

  • Fahami kelemahan suami – kena faham suami kita manusia biasa so kita kena terima kelemahan dia tu. Terima seadanya dan hormati kelemahan tersebut. Contoh suami tak pandai bawa kereta.. dia fobia. Jadi jgn kita bandingkan pula dgn org lain. “Suami si A pandai bawa kereta.. Suami aku tak pandai bawa.. susahkan aku je.. x macho langsung “.. Ada yang macam ni.. kena faham dan terima keadaan suami seadanya. Dia kan pasangan kita. Dia dan kita saling melengkapi. Jadi ada benda dia tak tahu, tapi kita tahu. Ada benda dia tahu tapi kita pula tak tahu..

 

  • Suami ni hati dia susah nak lupa perkara negatif tentang isteri macam bekas boyfrend isteri ke, bekas tunang isteri ke.. so isteri jangan la depan suami bercerita tentang bekas boyfrend or bekas tunang.. berdarah hati suami tapi isteri tak tahu

 

  • Jangan bangkang kata suami. Apa akibatnya kalau kita bangkang?? Act suami akan rasa tercabar, terancam sertarasa tidak dihormati bila isteri tak ikut cakap suami. Bila jadi macam ni.. nilai diri suami akan merosot.Isteri wajib taat perintah suami selagi mana tidak bertentangan dengan agama.

 

  • Tolong sokong pandangan, pendirian serta minat suami. Pendirian suami ialah maruah suami. Jadi isteri kena sokong 100% suami. Siapa lagi nak sokong kalau bukan isteri kan.

 

  • Jangan perlekeh atau sebut kesilapan suami di hadapan mertua, adik beradik, ibu bapa dan sebagainya. Hancur hati suami bilamana isteri sendiri ceritakan kelemahan suami kepada ahli keluarga lain.. Tercalar maruahnya sebagai seorang lelaki.

 

  • Kalau suami buat silap, jangan terus marah suami. Cara terbaik untuk tegur.. pertama puji dia dulu. kedua baru tegur kesalahan suami tetapi dengan cara berhikmah. InsyaAllah suami dapat terima kesalahannya jika ditegur dengan cara yang baik

 

  • Jika suami merajuk.. Biarkan suami sendirian. Beri masa padanya untuk memujuk diri. Jangan ganggu suami time dia merajuk. Nanti lama-lama akan makin ok.. Time tu minta maaf cepat-cepat
  • Kalau pasal sex.. batin suami wajib dipenuhi sebab lelaki memang perlukan sex. Isteri pula jangan buat tak tahu je.. layan anak sampai tak layan suami.. Ikut sunnah.. 3 kali seminggu

 

  • Suami suka sangat isteri bercantik – cantik dan berwangian untuk suami. Suami pegi tempat keja jumpa perempuan bercantik-cantik. Sekali balik rumah.. isteri comot rambut mengerbang. Aduhai.. inilah kesilapan isteri. Suami saya selalu ingatkan saya, katanya semua suami nak isterinya bercantik-cantik, berhias di rumah dan mesti wangi. Memang hati suami macam tu.

 

  • Suami tak pandai mendengar.. sebab tu bila kita, isteri-isteri ni bercerita, kadang-kadang rasa macam cakap dengan tunggul kayu kan.. so ceritalah pada saat dan masa yang sesuai.. masa tengah bersantai ke.. masa tengah minum petang ke.. time ni cun kalau nak bercerita pada suami..

 

Ok.. setakat itu dahulu artikel tentang hati suami.. Nak lagi?? Komen nak lagi artikel tentang hati suami ni.. InsyaAllah jumpa di next artikel.

 

Selamat memahami hati suami anda semua..

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *