Positif dan Negatif Gadget Untuk Anak Kita

Baby-with-iPad-4
Assalamualaikum…
Perasan kan anak2 zaman sekarang sangat sukakan gadget.. Kita yang ibu bapa ni kadang2 x dapat nak kawal… Ada sesetengah ibu bapa memang tak bagi langsung anak main sejak kecil. Jadi golongan ni memang tak main gadget.

 

Saya kenal beberapa kawan yang  anaknya memang tak main gadget ni. Tapi boleh dikatakan 80% benarkan anak main gadget… kenapa?

 

Sebabnya zaman sekarang dah tak sama macam dulu… Dulu zaman main guli, zaman mandi sungai… zaman tonton  panggung wayang… budak2  memang sukakan  semua ni lah.
Berbanding zaman sekarang, lifestyle kita memang tak dapat lari daripada gadget canggih spt smartphone, tablet, i pad, playstation dan komputer. Ibu bapa sendiri ada smartphone ada tablet.. So jgn hairan kalau anak minat gadget2 semua ni.
Anak2 memang akan tiru mak dan ayah.  Apa yang mak ayah buat itu lah yang diorang akan tiru. Itu adalah salah satu faktor anak2 suka kan gadget.
Satu lagi faktor kenapa anak2 suka gadget sebab benda ni fun. Dapat tengok video bergerak, ada nyanyian.. ada game.. memang budak suka.
Jadi kat sini kita memang tak dapat lawan fitrah kanak2 yg suka kan benda2 mcm ni. Apa yang perlu kita buat sebagai ibu & bapa ialah mencedok apa yang baik daripada gadget dan berikan kpd anak2… tetapi buang jauh2 benda yang buruk daripada anak2 kita.. means ibu bapa kna PANTAU anak2 main gadget.
Perkara positif yang boleh kita ambil daripada gadget :

 

  • Gadget ni adalah alat e-learning berkesan untuk anak2. Ada nyanyian phoenix ABC, ada nyanyian dalam english, ada pembacaan alif ba ta.. Ada video bergambar untuk pembelajaran kanak2, mengenal haiwan2, mengenal transport, building dll.

 

  • Benda2 mcm ni bagus untuk anak2. Ada kesan  yang positif terhadap perkembangan anak2. Menerusi video dalam gadget or dlm komputer.. anak2 akan lebih cepat belajar ddan otak mereka akan berkembang dengan lebih baik.

 

  • Anak saya sendiri saya bagi tengok benda2 mcm ni. Menerusi lagu ABC… anak saya dah pandai baca ABC sampai habis. Menerusi  nyanyian english… anak saya mengenal apa itu transport, animals, colours, pakaian, pergerakan macam punch, jump, march.. Alif ba ta pun anak saya dapat baca hingga habis..banyak dia dapat tahu menerusi klip video yang saya download… So gadget is great for kids..

 

 

Tetapi.. kesan NEGATIF lebih banyak berbanding kesan positif kepada anak2…
  • Pertama, LEKA.. anak2 sangat leka kalau diberi gadget. Kadang – kadang sampai jadi malas nak study buku..betul tak saya cakap… Kalau jadi macam ni pada anak saya.. saya memang akan ambil tindakan off kan gadget.. jadi ini tanda dia faham bateri habis. Utk off kan.. saya pujuk anak pegi ke peti sejuk ambil favourite makanan dia spt coklat, agar2 dll.. masa dia pegi ambill, saya off gadget. So bila dia dtg dia sndiri akan tahu bateri habis. Time ni baru dpt ajak dia buka buku. (Anak saya umur 3 tahun lebih.. bagi anak2 sek rendah or menengah,maybe kna  guna kaedah lain spt tindakan tarik balik kemudahan gadget kalau x study.. “Kalau aisyah tak study hari ni dan siapkan homework, mama akan ambil balik gadget dan jual. Lepas ni dah tak ada gadget ye. Gadget tu walaupun mama beli utk aisyah, itu bukan bermaksud aisyah boleh main sampai tak study.. gadget tu still duit mama. Tak nak study x pe.. mama ambil balik gadget”. So win win situation..)

 

  • Sejauh manapun anak saya suka gadget..buku memang tak boleh tinggalkan. Wajib utk sy pupuk minat anak pada buku… Di sekolah belajar tetap menggunakan buku. Untuk pupuk minat anak pada buku, saya memang akan belikan banyak buku story, colouring, buku2 tampal stikicker dan buku2 english kanak2 mcm animals, colours, transport dan sbgnya… Alhamdulillah dpt tengok perkembangan yang baik dalam diri nya. At the same time dia dpt relatekan antara video gadget dan buku yg saya belikan utk dia. Selain tu saya dan husbnd selalu bawa anak pegi kedai buku. Jadi dia sendiri teruja pada buku. Saya bertuah sbb husband minat membaca buku. Jadi anak saya pun kadang2 bila nampak abah membaca.. dia pun nak membaca. Ingat ye, ibu bapa adalah model terbaik utk anak2 ikut. wujudkan suasana membaca dalam rumah.

 

  • PANTAU anak main gadget. Maksud sy jgan sekali2 ajar dia download. Nanti ibu bapa yang menyesal bila anak pandai download. Nanti macam2  video dia nak muat turun.

 

  • Jangan ajar anak game. Once ajar… dia nak dan nak lagi. Ibu bapa kena download dan tapis sendiri apa jenis video learning yang sesuai untuk anak. Kalau ibu bapa dah start bagi main game dalam gadget, nanti jangan marah anak pula kalau dia asyik nak main game je.. Cuba pikir balik, siapa yang mula2 ajar anak main game? Kalau jadi macam ni sampai leka sangat main game…jual je lah gadget tu. Biar tak ada langsung lagi bagus.

 

  • Jangan ajar anak tahu apa itu data internet. Tutup data internet masa anak pegang gadget. Ini lah bahaya nya gadget pada anak. Dia boleh explore macam2 menerusi internet…

 

 

So ibu bapa please highlight siap2 apa yang dibenarkan dan apa yang tidak dibenarkan sebelum membenarkan anak2 anda bermain gadget..
Semoga sedikit perkongsian ini bermanfaat.. Terima kasih kerana membaca.

 

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *