Masalah Anak Tak Mahu Pegang Pensil Dalam Tempoh Yang Lama

26-HMI_belajar_menulis

 

Ada terdapat sesetengah ibu bapa mengadu, anak tak mahu memegang pensil dalam tempoh masa yang lama. Jadi kalau kita bagi dia pencil drawing, memang tak siaplah kan proses drawing tu. Ibu bapa sure lah akan bimbang sebab memikirkan apa akan terjadi kalau anak diorang ni pergi sekolah nanti. Mampu kah anak-anak mereka ni belajar nanti. Pegang pensil pun tak nak kan??

 

Memang ada terjadi kes sebegini. Kanak-kanak tak minat nak pegang pensil ataupun kanak-kanak tersebut rasa kekok nak pegang pensil. Rasa tak selesa ada benda macam tu pada jari. Keadaan ini terjadi sebabnya sejak kecil kanak-kanak sebegini kurang diberi pendedahan untuk menggunakan jari.

 

Kanak-kanak tak semua sama. Ada kanak – kanak suka menonton tv. Ada yang jenis sukakan aktiviti luar seperti berlari, bermain dengan kawan2 dan sbgnya. Ada juga kanak-kanak yg jns pasif suka kepada aktiviti dalam rumah, suka mewarna, melukis, bermain dengan adik2 dll. So semua aktiviti ni actually mencorakkan diri mereka sendiri dan memberi kesan kepada kes di atas.

 

Bagi yang jenis sukakan aktiviti tangan, InsyaAllah mereka tidak akan menghadapi masalah seperti ini. Tetapi bagi yang jenis tidak suka kepada aktiviti tangan, mungkin akan terdedah kepada kes tak mahu pegang pencil ni. Tapi tak semua kes terjadi atas dasar ini. Cuma sesetengah kes sahaja.

 

Bila terjadinya kes sebegini, ibu bapa tidak boleh sesekali memaksa anak menggunakan pensil dalam jangka masa yang lama. Kalau anak tak nak sudahkan drawing dia, jangan marah dia. Kalau ibu bapa marah, anak lagi stress dan tertekan. Anak akan lebih cepat jemu dan tak nak terus buat aktiviti tersebut.

 

So, untuk atasi masalah ini, apa yang perlu ibu bapa buat ialah, libatkan anak-anak untuk bermain dengan permainan yang menarik serta permainan tersebut mesti melibatkan tangan serta jari. Kita mesti latih jari kanak – kanak tersebut untuk bergerak.  Tetapi dalam masa yang sama latihan tersebut adalah menarik dan menyeronokkan.

 

Antaranya permainan yang saya sarankan ialah playdough. Sebab playdough adalah antara permainan yang sangat baik sebab membentuk kreativiti anak untuk berfikir. Macam mana caranya untuk membentuk playdough menjadi bulat, leper, petak, kek, hati dan sbgnya. Di samping membentuk kreativiti dan idea anak2 untuk berfikir, dia juga akan melatih jari jemarinya untuk membentuk objek.

 

Memang terdapat satu kes yang saya tahu, ada sorang kanak2 ni memang tak nak menulis dan memegang pensil. Selepas ibu bapa nya dinasihatkan untuk memberi permainan playdough kepada anak mereka, Alhamdulillah, kesannya sangat positif. Kanak2 tersebut mampu mewarna dan melakar objek sehingga selesai. Means dia mampu memegang pensil tersebut dalam tempoh waktu yang lama.

 

Saya sendiri mendedahkan anak saya untuk bermain playdough. Sangat fun sebab ada pelbagai set, set untuk membuat kek, set membentuk kereta, set buah2an, dan sbgnnya. Dlm masa yang sama anak saya memang sangat suka mewarna. Saja saya dedahkan dia dengan buku2. Alhamdulillah dia tiada masalah untuk memegang pensil dalam tempoh yang lama.

 

Kadang2 ibu bapa tak notice pun anak2 ada masalah macam ni. Nampak macam masalah kecik je kan. Memang pun nampak macam masalah kecik tapi sebenarnya ia adalah suatu masalah yang perlu dititikberatkan jugak.

 

Jika jadi macam ni, cepat2 cari penyelesaian. Boleh la cuba cara playdough ni. Kalau anak2 tak nak playdough mungkin blh cuba cara lain spt permainan robot yang perlu dipasang untuk membentuk robot, main piano dan lain2 lagi.

 

 

Ok, selamat mencuba.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *