Perfume Dan Kaitannya Dengan Suhu

th

 

 

Assalamualaikum..
“Ada kes, customer beli perfume jenis yang sama. Kedua-duanya original. Tapi bila spray, baunya macam berbeza, dan tak sama.”

 

 

 “Ada juga kes, beli perfume original, dengan harapan tahan lama lebih 8 jam pada kulit dan lebih 8 jam pada baju. Masa test spray tester pada baju, memang tahan lama. So lepas beli botol besar, jenis yang sama, spray kat baju, aik…tak tahan lama pun.. kenapa?”

 

Kes sebegini sememangnya berlaku. Perfume original tapi bau tak sama. Perfume original tapi tak tahan lama seperti yang diwar2 kan..

 

Kenapa jadi macam ni? Jawapnnya sebab molekul2 perfume yg terdiri daripada air, alkohol dan pati perfume tu tak tercerai berai, tak sebati. Semasa dikilangkan, semua molekul ni sebati. Tapi selepas terdedah kepada suhu, molekul ni bercerai2 dan menyebabkan air paling atas, pati paling bawah.. sebab pati lebih berat kan.. So bila spray pada kulit or baju, memang spray air lah kan??

 

Ok, bab molekul separate ni memang kita tak dapat nak buat apa lah sebab ia memang akan terjadi. Jadi cara nak bagi molekul2 ni sebati dan bercampur semula ialah dengan recharge balik perfume yang dibeli. Recharge ialah proses mensebatikan semula molekul2 yang bercerai2 di dalam botol.

 

Cara nak recharge :
  • Tindakan pertama selepas membeli perfume ialah jangan sekali2 spray dulu.
  • Apa yang perlu dibuat ialah letak perfume dalam peti sejuk pintu bawah (bukan freezer) selama 3 hari 3 malam. Biar suhu sejuk tu mensebatikan semula molekul2 yang terpecah
  • Selepas 3 hari 3 malam, baru boleh spray pada body.

 

Kenapa mesti 3 hari? Sebab itu lah masa terbaik yang mampu diambil oleh perfume untuk memulihkan dirinya semula spt keadaan asal.

 

Satu lagi, kenapa mesti letak dalam peti sejuk? Sebabnya suhu panas menceraikan molekul perfume, sebaliknya suhu sejuk mensebatikan semula molekul tersebut.
Semoga beramal.

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *