Kiamat Lambat Lagi?

untitled

 

Assalamualaikum…
 
Wah.. tajuk memang viral betul.. Betul ke kiamat lambat lagi??

 

 

Act saya nak share kupasan pasal persoalan yang diajukan oleh panel kepada Prof Dr Daniel dalam rancangan TV Halaqah TV9. Persoalannya apakah hujah yang boleh digunakan untuk mematahkan kata2 orang yang menyatakan bahawa kiamat masih lambat lagi??

 

 

Saya memang tertarik sangat dengan jawapan Dr Daniel. Apa yang beliau nyatakan itu boleh dianggap benar dan boleh diterima oleh saya. Dan saya percaya orang lain juga boleh terima kata2 beliau tu. Jawapan sangat ringkas tapi bermakna.

 

 

Ok, kiamat dikatakan hampir bila berlaku tanda2 kiamat besar. Antaranya keluar Dajjal, turun Nabi Isa dan Imam Mahdi serta keluarnya matahari dari sebelah barat dan terbenam sebelah timur. So bila keluar tanda2 kiamat besar macam ni, baru betul2 dikatakan kiamat dah dekat kan.

 

 

Tapi semua tanda ni tak ada lagi. Memang kita akui. So bila tak ada lagi tanda2 kiamat besar ni, memang kita tak boleh nak patahkan hujah bahawa kiamat lambat lagi datang.

 

 

Tapi harus diingatkan, kiamat ni sebenarnya ada dua. Pertama, kiamat yang sebenarnya iaitu kiamat yang menghancurkan seluruh isi alam, di mana semua manusia di matikan, dan kemudiannya dibangunkan semula untuk dibicarakan di padang masyar.

 

 

Kiamat kedua ni orang kurang ambil perhatian iaitu kiamat kematian. Mati juga sebenarnya termasuk dalam kiamat kecil. Mati orang tak tahu bila kan? Ada orang tengah berdiri, tiba2 rebah, jatuh dan mati. Ada orang tengah main bola, tiba2 jatuh jugak dan mati. Ada pakar sakit jantung, tiba tiba rebah, jatuh dan mati. Bila di investigate, rupanya dia mengalami serangan sakit jantung. Pakar sakit jantung pun diserang sakit jantung.

 

 

So nampak kan, bila2 je boleh mati. Tak siapa boleh tahu bila kematian akan tiba. Kematian sentiasa mendekati kita. Sentiasa dekat dan cepat. So bila kematian adalah kiamat, means kiamat dah dekat. Betul kan?

 

 

Jadi sesiapa yang cakap lambat lagi nak kiamat tu, beristighfar balik dan muhasabah diri balik. Sebab kiamat bukan lambat lagi akan terjadi, tapi dekat sangat dah. Iaitu kiamat kematian.

 

 

Sebenarnya kenapa orang2 macam ni berani cakap kiamat lambat lagi?? Sebabnya diorang kufur, tak nak solat, tak nak ibadat.

 

 

Berapa ramai manusia yang bernama Islam solat cukup 5 waktu setiap hari. Saya yakin, setiap daripada you all semua boleh jumpa siapa yang tak solat di sekeliling you all. Samada jiran, kawan2, atau ahli keluarga sendiri. Boleh jumpa dengan sangat mudah. Kan?? Yang bersolat pula hanya segelintir.. kan??

 

 

Ingat ye semua. Apa misi utama kita hidup kat dunia Allah ni?? Cuba tanya balik diri, muhasabah diri. Apa misi kita??? Apa agenda kita??

 

 

Jawapannya ialah SEMBAH ALLAH

 

 

Ada ayat al-Quran, bermaksud “Tidak Aku jadikan manusia melainkan untuk beribadat”. Jadi memang misi manusia ialah beribadat dan menyembah Allah. Kenapa kena sembah Allah? Jawapannya adalah kerana SYUKUR.

 

 

Syukur pada Allah. Ucap terima kasih. Bayangkan banyak teramat2 sangat Allah bagi nikmat pada kita. Allah bagi nikmat rezeki melimpah ruah, bagi udara untuk kita terus sedut untuk terus hidup, bagi mata untuk melihat, bagi tangan untuk memegang, bagi kaki untuk berjalan, bagi anak untuk gembira, bagi isteri untuk menyayangi, bagi harta untuk nikmat kesenangan, dan bagi dunia ni untuk kita terus tinggal kat bumi.

 

 

Kalau Allah tak bagi udara dalam sejam, confirm kita mati. Kalau Allah tarik nikmat mata, mesti kita tak boleh melihat dah. Kalau Allah ambik balik bumi, kat mana kita nak tinggal?? Bumi Allah punya, udara Allah punya, semua lah Allah punya.

 

 

Jadi, wahai umat manusia sekalian, sembahlah Allah. Solatlah! Solat! Solat! Dan beribadatlah dengan mengerjakan semua perintah Allah dan jauhi larangannya. Marilah kita jadi manusia yang bersyukur akan nikmat Allah.

 

 

Wallahua’lam.

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *