Sedekah Dengan Anggota Badan

 
wpid-sedekah (1)
 
 
 
Assalamualaikum..

 

 

Sedekah.. Ramai yang beranggapan sedekah mesti dilakukan menerusi wang dan harta. Kena bagi harta or wang, baru di namakan sedekah.. Ini adalah pandangan yang salah.

 

 

 
Dunia ni kan ada yang kaya, ada yang sederhana, ada yang miskin. Jadi bagi yang kaya dan sederhana tak kisah nak sedekah wang. Bagi yang miskin dan tak ada wang, boleh gunakan cara lain untuk bersedekah. Yang penting kena faham apa itu sedekah.

 

 

 
Berdasarkan hadis sahih iaitu Hadis Bukhari, diriwayatkan oleh Abu Huzaifah bin Yamin, Rasulullah saw bersabda, “Kullu ma’rufin sodaqah”, bermaksud setiap kebaikan itu ialah sedekah.

 

 

 
Jadi buat lah apa pun kebaikan, itu sebenarnya adalah sedekah. Semua orang nak ganjaran kan? Bayangkan buat satu kebaikan je dah dapat 10 ganjaran. Sedekah 1 dapat balik 10. Semua mesti nak.. Sekecil2 kebaikan pun sebenarnya ialah sedekah.

 

 

 
Sedekah ini sebenarnya dibahagikan kepada 2 aspek. Pertama sedekah terhadap diri sendiri. Ini maksudnya kita sedekah or buat kebaikan, manfaatnya balik kepada diri sendiri juga. Contoh kita bertasbih, berzikir, bersolat, semua ini adalah amal kebaikan. Tetapi amal kebaikan dikira sebagai sedekah kepada diri sendiri.

 

 

 
Kedua ialah sedekah kepada orang lain. Means manfaat tu dapat kepada orang lain, walaupun ganjaran kembali kepada diri sendiri semula. Ada banyak sangat contoh sedekah kepada orang lain ni. Antaranya

 

 

  • Sedekah dalam bentuk wang. Kita bagi wang kepada orang yang memerlukan. So manfaat itu orang lain yang dapat. Tetapi ganjaran sedekah kita yang dapat.
  • Sedekah dalam bentuk bantuan menggunakan tangan, kaki dan anggota badan lain. Contoh guna tangan untuk tolong angkat barang orang2 tua yang telah tiada daya tenaga. Tolong dengan cara menggunakan kaki untuk mengangkat dan membawa orang yang sedang sakit ke hospital. Tolong dengan menggunakan mulut iaitu dengan cara amar ma’ruf nahi munkar. Kalau orang buat salah, kita tegur, dapat pahala. Manfaat dapat kepada orang lain.
 

 

 

Sedekah adalah antara perkara yang orang Muslim tak nak buat. Tiada kesedaran dan keyakinan dalam hati mereka. Diorang anggap duit akan makin kurang kalau bagi pada orang lain. Walaupun diberitahu bahawa setiap sedekah akan diberi ganjaran 10 kali ganda, still orang tak nak sedekah. Sebab keyakinan tu tak ada.

 

 

 
Hati tak yakin sebab mata yang melihat lebih berperanan menyampaikan maklumat kepada otak berbanding iman di hati. Mata tengok duit ada RM10. Kalau bagi pada orang lain RM5, mata nampak duit tu berkurang jadi RM5. That’s why hati tak mampu nak yakin. Iman pun goyah kan.

 

 

 
Sedangkan dari sudut perkiraan Allah Taala, jika sedekahkan RM5 daripada RM10 tu, Allah akan gantikan rezeki tu dengan RM50 sebab gandaan Allah 1 sedekah bersamaan 10. Nah, lagi banyak keluar, lagi banyak yang dapat. Kalau lah semua orang Muslim kat dunia ni rajin sedekah, majulah ekonomi orang Muslim sebab Allah limpahkan rezeki melimpah ruah.

 

 

 
Tapi masalahnya manusia tak percaya. Manusia tak mampu tanamkan dalam hati bahawa sedekah itu menambah rezeki. Hanya telinga mendengar tapi hati tak mampu membenarkan melihat duit dikeluarkan.

 

 

 
Saya masih ingat kata2 seorang ustaz, “Kalaulah duit boleh berkata, nescaya dia akan selalu bercakap dari poket pemilik nya, bagi lah aku pada orang yang memerlukan. Sekali kau bagi aku, lagi banyak kau akan dapat. Sedekahkanlah aku”… lebih kurang macam ni la dia akan cakap… Boleh baca pasal manfaat sedekah di link :

 

 

 
Jadi rakan2 semua, jomlah sedekah. Nak tambah harta, bagi je sedekah. Istiqamah bagi setiap hari. Insyaallah tengok lah nanti, rezeki akan datang mencurah2. Yang penting, YAKIN! YAKIN! DAN YAKIN! BAHAWA REZEKI AKAN BERTAMBAH SETELAH BERSEDEKAH. Ok,

 

 

Selamat beramal.
 
 
 
 
 
 
 
 

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *