7 KESAN BURUK AKIBAT KURANG TIDUR TERHADAP BERAT BADAN

Chronic-Insomnia

 

 

Tahu tak kalau kurang tidur akan meningkatkan kadar ghrelin? Iaitu hormon yang boleh meningkatkan selera makan kita. Selain itu, ia juga boleh kurangkan kadar leptin ( hormone yang boleh menunjukkan bahawa badan kita sudah kenyang. Bagi yang sangat pentingkan kesihatan, perkara ini bukanlah satu benda yang baik! Oh tidak!

 

 

Sleep-Deprivation

 

 

Kurang membakar kalori
Kalau kita makan dan pada masa yang sama kita kurang tidur, logiknya kalori yang terbakar adalah lebih kerana kita dalam keadaan jaga. Betul tak? Hmm..malangnya jawapannya adalah tak! Kenapa? Kerana orang yang kurang tidur tidak akan terbakar kalorinya ketika mereka dalam keadaan jaga. Para penyelidik telah membuktikan bahawa orang yang kurang tidur tidak akan dapat membakar lebih kalori.

 

 

 
Perubahan kebolehan otak untuk membuat keputusan
Kurang tidur boleh menyebabkan aktiviti otak menjadi terganggu disebabkan kerosakan bahagian atas depan  otak. Kawasan tersebut adalah tempat untuk otak kita melakukan keputusan.

 

 

 
Ketagih makanan ringan
Kajian telah membukitkan bahawa orang yang kurang tidur akan lebih suka untuk makan snek dan makanan ringan. Fungsi bahagian hadapan otak yang digunakan untuk membuat keputusan telah berubah disebabkan oleh kurangnya tidur. Jaga-jaga! Siapa yang suka makan snek malam, otak anda akan menjadikan anda “lebih baik”  dalam aspek ketagihan makanan ringan.

 

 

Banyak pengambilan kalori
Kalau kita jenis suka untuk  makan mesti susah untuk menahan diri daripada tidak makan. Ini boleh menyebabkan kita ambil lebih banyak kalori betul? Satu kajian telah dilakukan dimana orang yang tidur kurang daripada 80 minit akan mengambil lebih 549 kalori setiap hari. Kalau didarabkan dengan 7 hari  sudah berapa? Kita akan dapati bahawa kita ambil terlebih kalori untuk badan anda. Jadi anda nak jadi yang macam mana?

 

 

Banyak beli makanan berkalori
Orang kata, jangan pergi ke supermarket bila kita tengah lapar. Kita juga jangan pergi jika kita tengah penat. Orang yang kurang tidur akan lebih banyak membeli kalori di supermarket Sebenarnya kita bukan semata-mata makan kalori sahaja, tetapi kita sebenarnya telah membeli banyak kalori.

 

 

Kesimpulan
Semua faktor-faktor diatas telah menunjukkan bahawa kurang tidur boleh menyebabkan berat badan meningkat. Kurang tidur boleh menyebabkan masalah obesiti kepada kanak-kanak dan berterusan sehingga dewasa jika tidak diatasi. Lebih daripada empat kanak-kanak yang tidur tidak cukup akan mengalami masalah berat badan. Jadi, pastikan anda tidur secukupnya!

 

 

Bahaya sebenarnya kalau kita tak cukup tidur. Badan kita jadi tak sihat dan berat badan boleh naik mendadak. Pastikan korang semua tidur secukupnya ya dan jangan tidur terlampau lewat.

 

 

Bio-Velocity-Sleep-Mate-1

 

Ataupun korang beli je satu set Bio Velocity Seep Mate dan terus tidur kat situ. Nurul jamin mesti korang akan dapat tidur dengan nyenyak waktu malam dan bila korang bangun, badan akan terasa lebih segar dan bertenaga. Untuk maklumat lanjut tentang Bio Velocity Sleep Mate, boleh baca di link ni ye  http://www.drnurulhuda.com/2016/02/16/bio-velocity-sleep-mate/

 

 

Untuk maklumat lanjut tentang Bio Velocity Sleep Mate, bolehlah hubungi Nurul menerusi whatsapp / sms / call di nombor  013-276 9785. Terima Kasih.

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *