4 Tahap Cara Didik Anak Yang Wajib Ibu Bapa Ketahui !!!

 didik anak

 

Terdapat 4 tahap dalam didikan anak2..

 

 

Tahap 1 :
Anak yang baru lahir ; kita hendaklah banyak membelai dan bergurau dengan mereka dengan penuh kasih sayang. Ketika ini anak2 amat memerlukan kasih sayang ibu dan bapa. Hanya ibu bapa yang dikenali mereka, dan hanya ibu bapa yang paling rapat dengan mereka. Tahap 1 ini adalah ketika umur bayi diantara baru lahir hingga berumur 6 tahun (mumayyiz). Anak2 ketika ini masih belum baligh

 

 

Tahap 2 :
Ketika ini anak2 anda berumur diantara 7 hingga 14 tahun. Ketika ini cara didikan perlu dalam bentuk arahan, berdisplin serta memberi tanggungjawab kepada mereka. Ketika ini anak perlu dilatih untuk melakukan kerja yang disuruh ibu bapa. Arahkan mereka mengemas baju sendiri, memasukkan baju sendiri ke dalam mesin basuh, displinkan mereka untuk membaca alquran dan bersolat serta displinkan mereka dalam aspek penjagaan diri dan pembelajaran yang teratur..

 

 

Tahap 3 :
Ketika ini anak2 berumur antara 15 hingga dewasa (dalam 21 tahun). Ketika ini cara didikan bukan lagi dengan cara memberi arahan. Sebaliknya ketika ini mereka telah di training untuk melakukan segala pekerjaan secara berdispin (hasil didikan ketika tahap 2). Oleh itu tidak perlu lagi memberi arahan kepada mereka sebaliknya ketika ini berkawanlah dengan mereka. Ketika ini ingatlah anak2 sudah dewasa.
Hormati mereka, banyakkan berbincang dan bertukar pendapat, jadilah pendengar yang baik, hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat dan usahakan supaya anda memahami diri mereka dengan baik. Anak2 amat hargai jika ibu bapa menjadi rakan serta sahabat mereka. Kerana ketika ini pelbagai perubahan emosi berlaku pada anak2. Anak2 sedang mencari identity mereka. Jika baik yang dicorakkan ibu bapa maka baiklah anak2. Jika sebaliknya, itu lah yang memberi tekanan dan emosi kepada anak2 sehingga mereka memberontak. So jadilah kawan kepada mereka..

 

 

Tahap 4 :
Ketika ini anak berumur melebihi 21 tahun. Apa yang perlu ibu bapa buat ialah berikan kebebasan kepada anak2 untuk bertindak dan membuat keputusan sendiri selagi mana tindakan dan keputusan mereka tidak bertentangan syariat. Ibu bapa ketika ini hanya perlu menasihat sekiranya keputusan anak2 tidak terkawal. Namun apa yang perlu ditekankan, hormati hak dan pandangan mereka. Jika mereka ingin melanjutkan pelajaran di bidang kedoktoran, jangan pula ibu bapa memaksa anak2 melanjutkan di bidang engineering. Ini yang salah. Seperti yang dikatakan tadi, hormatilah anak2 pada waktu ini…

 

 

Mudah2 an mendapat manfaat bersama. ..
Jika ada2 yang ingin dikongsi bersama, boleh hubungi saya Nurul 013-2769785. TQ

 

 

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *