7 KAEDAH DIDIK ANAK CEMERLANG – NUKILAN DR FADZILAH KAMSAH

ibubapa+cemerlang

 

Assalamulaikum,

 

 

Sebenarnya didikan terhadap anak ni tiada sebarang formula. Ibu bapa yang mencorakkan sendiri. Anak adalah hak dan amanah Allah Taala. Allah menyuruh dan memberi panduan kepada kita untuk mendidik anak2 cara Islam. Namun dalam hal ini, kita sebagai ibu bapa hanya mampu mendidik.
Namun samada anak tersebut bakal menjadi ‘apa’ itu adalah diluar kawalan ibu bapa itu sendiri. Sebab itu, tanggungjawab ibu bapa adalah mendidik anak cara Islam dan berdoa mudah2an anak yang dijaga tersebut menjadi anak soleh dan solehah.

 

Saya ingin share info dan tips daripada Dr fadzilah kamsah tentang bagaimana caranya untuk mendidik anak menjadi anak yang cemerlang.

 

  1. Kaedah pesanan dan arahan

 

Sebenarnya kaedah ini merupakan kaedah yang dianjurkan oleh Rasulullah saw. Anak-anak dididik dengan cara dipesan terlebih dahulu. Lihat apa reaksi mereka setelah dipesan. Adakah mereka boleh lakukan hanya dengan sekali pesanan? Jika tak berkesan, ibu bapa kena berulang kali berpesan tanpa rasa jemu dan bosan.

 

 

Berdasarkan kenyataan oleh pakar kesihatan kanak-kanak, anak2 yang pintar perlu diberi pesanan dan nasihat sebanyak 200 kali tanpa rasa bosan. Tujuannya supaya mereka benar2 faham pesanan tersebut dan bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak2 ialah :

 

 

  • Solat di awal waktu
  • Adab2 dengan orang tua
  • Adab2 dengan guru
  • Adab2 dengan kawan2
  • Tugas harian di rumah
  • Mengemas bilik sendiri
  • Mengemas meja belajar
  • Cara makan mengikut sunnah Nabi
  • Cara belajar berkesan
  • Ingatkan mereka supaya menutup aurat ketika keluar rumah
  • Keselamatan jalan raya
  • Tanggungjawab melindungi anak2
  1. Kaedah bercerita

 

Perasan tak, dalam filem negara2 barat, ibu bapa akan bercerita kepada anak2 sebelum tidur. Kaedah ini sebenarnya dianjurkan oleh Islam. Ini kerana ia menguatkan serta mengeratkan hubungan anak2 dan ibu bapa terutamanya kisah2 berkaitan dengan kisah teladan dalam al-Quran.
Tujuan utama kaedah bercerita ini ialah untuk mendidik anak2 secara tidak langsung menerusi ransangan pemahaman minda bawah sedar mereka, : menyampaikan maklumat, dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, merapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak2 serta boleh menggambarkan minda anak2 dengan lebih jelas dan berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

 

 

  1. Kaedah Soal Jawab

 

Bersoal jawab dengan anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.

 

 

Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

 

 

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

 

  1. Kaedah merujuk pengalaman lalu

 

Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibar oleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunya mereka berwaspada dengan peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

 

 

  1. Kaedah nasihat dan teguran

 

 

 

Berilah teguran dan nasihat selalu kepada anak2 dalam aspek akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan dan sebagainya. Kaedah ini penting kerana ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Kaedah ini adalah suatu nasihat dan teguran yang tidak boleh dilakukan setiap hari utk mengelakkan anak2 berasa jemu dan bosan.

 

 

  1. Kaedah bermain dan bergurau
Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.

 

 

 

Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.

 

 

 

Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.
  1. Kaedah Latihan Berterusan

 

 

Anak yang cemerlang ialah anak yang dilatih secara praktikal dengan berterusan. Kaedah ini disarankan oleh Rasulullah saw. Anak akan cemerlang namun perlu juga dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini dibahagikan kepada beberapa ciri

 

  • Jantina
Ibu bapa perlu memberi tugas kepada anak2 mengikut tahap umur kanak2 tersebut, jika tugas berat dan besar berikan kepada anak lelaki. Jika kerja2 rumah seperti memasak elok diberikan kepada anak perempuan. Tapi tak salah ajar anak lelaki membuat kerja2 rumah. Ini melatih mereka untuk ringan tangan menolong isteri mereka kelak

 

  • Usia

 

Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.

 

 

Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *