Wanita Bekerja : Bagaimana cara saya setiap hari sempat melipat pakaian

Assalamualaikum

 

 

Saya Nurul.. Bekerja sebagai pensyarah di Universiti Malaya. Universiti Malaya ni ialah universiti research. So kerja kat sini memang kena kerja kuat. Kena rajin buat research, kena rajin membentangkan kertas2 seminar dll.

 

 

Kerja sebagai pensyarah ni sangat bz. Saya perlu mengajar, melakukan kerja pentadbiran dan melakukan kerja-kerja penyelidikan. Seawal pukul 6.30 pagi saya dah keluar untuk ke tempat kerja. Sebabnya pukul 3.30 saya dah kena ambil anak sekolah. Kadang2 kalau ada keja, terpaksa ambil anak bawa ke tempat kerja then selesaikan semua kerja2 yang perlu.

 

 

Kelas kuliah semua saya buat waktu pagi. Supaya saya dapat arrange masa dengan waktu saya yang suntuk. Once saya bekerja, memang kena sungguh2.

 

 

Ok, melalut pula dengan fakta2 kerja saya. Act saya nak bagi tahu saya seorang yang sangat bz. Tapi sepanjang saya berkerja, kain baju kat rumah saya tak pernah menimbun. Semua siap sedia dilipat. Bukan robot yang buat tapi saya sendiri yang buat ye.

 

 

Nak tahu tips2 saya.. jom baca

 

  1. Cara membasuh baju : Of course saya akan basuh hari2 baju2 yang dah dipakai. Sebabnya kalau basuh hari2, kuantiti yang dibasuh akan lebih sedikit berbanding kalau basuh setiap 3 atau 4 hari sekali. Sudah tentu banyak kan. Kalau basuh hari2, lagi cepat sebenarnya urusan membasuh baju tu sebab nanti sidai kain pun cepat, sebab sedikit.. Lagi satu lagi jimat elektrik sebab muatan dalam mesin basuh tak banyak. Cuba baca link ni kenapa basuh banyak kali lebih jimat berbanding menggunakan muatan yang lebih banyak semasa membasuh menggunakan mesin basuh.
http://www.drnurulhuda.com/2016/01/23/tips-jimat-elektrik/
http://www.drnurulhuda.com/2016/01/24/tips-jimat-elektrik-ii/

 

  1. Mesin basuh auto : Sekarang bukan zaman mak ayah kita dah. Dulu mak suri rumah boleh lah nak guna mesin basuh manual kan. Sekarang suri rumah berkerjaya. So gunalah mesin basuh auto. Lagi lah cepat kan. Sambil mesin basuh berputar, boleh la uruskan anak2, bagi mandi dulu or bagi makan. Ha, jimat masa kan.

 

  1. Teknik menyidai kain : Teknik ini lah yang jarang orang perempuan guna masa menyidai kain. Confirm you all main sidai je kan. Main campur je masa sidai. Dan masa menyidai kain, ada sesetengah tu masih still guna teknik lama. Menyidai kain atas tali. Ingat ye sekarang kita bukan suri rumah dah. Kita bekerjaya. So gunakan apa yang ada. Saya sidai kain menggunakan hanger. Baju kecil2 , baju anak2 je saya sidai pada penyidai payung. Ok, penyidai saya bentuk nya macam ni :

 

424caf7e-6047-4507-a966-43fd439421a6

 

 

Bahagian hadapan saya akan hangerkan baju t’shirt. So baju2 t’shirt ni memang saya tak akan lipat. Selepas kering, saya just angkat dan masukkan dalam almari. Saya sangkut semua baju2 t’shirt. So 45% proses sidai kain dah settle.
Seterusnya bahagian belakang penyangkut baju ni memang saya gunakan untuk seluar, kain, dan lain2. Semua bahagian ni saya perlu lipat. So saya memang akan sidai dalam keadaan siap sedia tidak terbalik. Means bahagian luar mesti bahagian luar, bahagian dalam mesti bahagian dalam. So bila saya angkat dari ampaian, saya terus bawa masuk ke bahagian alamari, dan terus lipat. Tak sampai 5 minit mesti settle.
Ok, part baju anak2 or baju2 dalam kita. Ok, untuk pakaian dalam dan stokin memang saya akan simpan dalam box macam kat bawah ni. 1 – pakaian dalam suami. 2-pakaian dalam saya. 3- stoking. So dalam masa 10 saat je dah settle urus semua pakaian dalam. That’s why masa saya sidai pakaian dalam ni, saya sidai di bahagian penyidai payung. Satu line adalah milik suami sahaja. Satu line milik saya sahaja. Dan satu line lagi bahagian stoking sahaja.

 

 

a4d80842-c3b6-4b00-80d0-9674bf57a10c

 

 

 

Part baju anak2 pula, memang saya sidai di bahagian payung penyidai juga. Cara saya sidai ni penting sangat. Saya akan make sure baju semua tu mesti dalam keadaan tidak terbalik. Bahagian luar mesti bahagian luar, bahagian dalam mesti bahagian dalam. Then saya akan sidai dalam keadaan bertindan.
Seluar dan baju yang sepasang saya akan sidai dalam keadaan bertindih. Insyaallah akan kering. Don’t worry, tak busuk pun. Saya buat lama dah. So sangat senang la masa nak lipat. Masa angkat terus dah sepasang. So terus lipat. Ya Allah senang sangat. Saya ambil masa tak sampai 5 minit dah siap melipat baju anak2.. Anak saya dua orang so baju agak banyak la..Tapi setakat ni baju diorang sentiasa terlipat dan tak pernah menimbun.

 

21537bca-6756-4407-8bd2-0d97966d3821

 

 

  1. Lipat terus baju selepas diambil dari ampaian : 10 min sahaja masa yang saya ambil untuk melipat pakaian. Yup betul. Lepas ambil terus lipat. Lipat ikut apa yang telah diarrangekan spt yang saya jelaskan kat atas. Cuba lah mudah sangat. Satu lagi make sure tempat sidai baju dekat dengan almari =).
Selamat beramal.

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

2 Comments

  1. Selamat Memcuba.. Nanti nak share cara saya memasak nasi + lauk pauk + bubur anak dlm msa 15min dh settle..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *