Maklumat Perlu Tahu Bagi Pengguna Astro

download
Assalamualaikum..

 

Pernah tak tahu siapa pengasas Astro? Tahu tak astro ni macam mana mula2 boleh bertapak di Malaysia.. Sebenarnya pengasas Astro adalah orang India iaitu Tan Sri Ananda Krishnan .. dia dianggarkan memiliki sebanyak melebihi US$7.4 Bilion hasil cetusan tv berbayar Astro ni.

 

 

” Astro : merupakan penyedia perkhidmatan televisyen bersatelit dan radio berbayar pertama di Malaysia, tetapi telah berkembang ke negara Brunei dan Indonesia. Perkhidmatan ini dijalankan di bawah kelolaan All Asia Broadcast Centre (ABC) yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Astro dimiliki hak sepenuhnya oleh MEASAT Broadcast Network Systems, di bawah syarikat Astro Malaysia Holdings Bhd. Perkhidmatan penyiaran Astro kini tidak terhad kepada satelit berbayar, bahkan juga menerusiIPTV dan penyiaran satelit percuma (NJOI).”

 

 

Tahu tak bahawa kita sebenarnya mengkayakan golongan yang kaya ni by using Astro je. Bayangkan Malaysia yang memiliki sehingga hampir 30 juta orang. Bayangkan boleh dikatakan 10 nisbah 15 penduduk memiliki Astro. Boleh bayangkan tak betapa kayanya pengasas Astro ni.

 

Satu program family pun dah almost rm50. Kalau 500 orang ambil program family, means 500 x rm50 = rm25,000 sebulan. Ini baru 500 orang. Kalau 1 juta orang, or kalau ambil pakej rm200??

 

Boleh bayangkan kan betapa kayanya dia.. Huhu. Pada saya Astro hanyalah satu kehendak, bukannya keperluan. Saya sendiri dah berhenti melanggan Astro disebabkan saya memikirkan bahawa ia bukannya suatu keperluan, hanya kehendak semata2..

 

Ok, jom kita tengok pakej RM100 sebulan:
Kalau sebulan you all ambik RM100.. so setahun melanggan RM100 x 12 bulan = RM1200
Kalau 10 tahun means ; RM1200 x 10 tahun = RM12000
Dengan jumlah RM12000 ni you all dah boleh pergi haji kan???
10 tahun akan datang boleh pergi haji kalau tak bayar Astro..

 

 

Bayangkan juga dengan duit ni you all boleh beli perkakas anak sekolah, boleh bayar takaful perubatan, boleh beli barang kecantikan untuk bercantik2 demi suami, boleh macam2 la.. Betul tak?

 

 

So tepuk dada tanya selera. Betapa banyak boleh saving kalau tak pakai astro kan.. Bukan niat untuk menghasut tapi memikirkan sayangnya duit macam tu je mengalir. Zaman mak ayah kita ada tv1, tv2, and tv3 je kan. Tak perlu bayar kos tv. Just bayar duit bil elektrik je. Kalau Astro, bil kena bayar, astro pun kena bayar..

 

 

Ok.. just to share duit you all yang mengalir macam tu je pada orang yang dah bergelar Jutawan di Malaysia.
TQ

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *