Tips Atasi Masalah Anak Malas Belajar

anak belajar

 

 

Assalamulaikum.. Apa khabar semua..

 

Saya nak share beberapa tips yang boleh diamalkan bagi mengatasi masalah anak malas belajar. Saya yakin memang ramai ibu bapa pening kepala bila menghadapi situasi anak malas belajar ni. Saya nak share beberapa tips untuk permasalahan ni.

 

 

  1. Bagi Reward kepada anak

Sebenarnya kanak2 sangat sukakan hadiah. Why not ambil kesempatan atas faktor ini. Pupuk minat belajar anak2 dengan cara bagi reward jika anak2 berjaya dpt A dlm subjek tertentu. Saya masih ingat lagi, ayah saya pernah bagi saya reward jam tangan Alba selepas saya berjaya mendapat no 2 dalam kelas. Ni reward selepas berjaya. Tapi kesannya sgt mendalam kpd diri sy. Saya rajin belajar, membaca buku dan membuat latihan kerana rasa dihargai oleh ayah. So saya bg balik reward kat ayah dlm bentuk kecemerlangan dlm pelajaran.

 

Sebenarnya reward bukan shja blh diberi dlm bentuk material semata2. Maybe yg kurang berkemampuan boleh bagi reward dlm bentuk bawa anak jln2 kat somewhere yg dia suka.. or something yg memang menjadi minat dia.. So terpulang kpd ibu bapa nak bagi reward pd anak dlm bentuk apa.

 

 

 

2. Temani anak ketika dia belajar

Sebenarnya ibu bapa yg menemani anak adalah ibu bapa yg sgt prihatin. Tindakan ini membentuk emosi yg sihat kpd anak2 ketika belajar. Anak akan rsa dirinya disokong pnuh oleh ibu bapa. jika ada masalah dlm pembelajaran, mereka cepat2 dpt merujuk kpd ibu bapa. Anak2 yg cemerlang adalah anak2 yg belajar atas bimbingan dan support daripada ibu bapa mereka sendiri.

 

 

 

3. Jadilah ibu bapa yang penyabar dan tidak emosional

Ibu bapa perlu sentiasa bersabar dalam mengajar anak2 dlm aspek ulangkaji pelajaran. Jgn ibu bapa pula emosional, kesannya anak2 yg akan stress. Jika anak2 tak faham, jgn ditengking, jgn diherdik. Bersabarlah. Teruskan mengajar anak. Jika ibu bapa menekan anak2 dlm aspek belajar, kesannya anak2 akan hilang semangat utk belajar. Akibatnya pada mereka belajar tidak menyeronokkan malah mengundang kemarahan ibu bapa mereka. So ibu bapa, be careful dan jadilah ibu bapa yg cool.

 

 

 

4.Ciptakan Game Pembelajaran

Game pembelajaran ini bermksud ibu bpa perlu kreatif untuk mencari suatu alat or video yg mmpu anak2 terokai pembelajaran menerusi game. menarik bukan? Menerusi game, anak2 dpt belajar. Jadi, belajar ada lah sesuatu yg menyeronokkan. Jadi ini dapat memupuk sikap belajar anak2.

 

 

 

5. Wujudkan suasana belajar sambil bermain

Its quite same dgn cara di atas namun bezanya belajar sambil bermain ini adalah seperti kuiz dan teka teki . Reka bentuk suatu teka teki di mana ia berkaitan dgn pembelajaran mereka. Jadi suasana belajar akan lebih cool dan menyeronokkan . Jadi ini secara tak langsung memupuk minat suka belajar dlm diri mereka.

 

 

 

6.Beli buku yang mempunyai hiasan yang menarik

Sebenarnya buku or peralatan belajar yg menarik juga menjadi salah satu faktor tarikan utk anak2 belajar. Jika anak2 suka watak upin ipin, why not kita belikan pencil box, pensil, kulit buku nota yg memiliki gambar upin ipin. Menarik kan dan semestinya memupuk minat anak utk belajar ..

 

*memupuk minat anak belajar ini perlu sejak dari peringkat sekolah rendah. jadi tips2 diatas boleh dibuat utk anak2 yg msh bersekolah rendah..

 

selamat beramal ye.. thanks

 

 

 

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *