Gerhana Matahari di Malaysia 2016

 

Screen-Shot-2016-02-23-at-9.03.03-AM

 

 

 

Assalamualaikum..

 

 

Gerhana Matahari separa berlaku pada 9 mac 2016 dalam pukul 7.30 hingga 9.30 pagi di Malaysia.

 

 

Gerhana matahari berlaku bilamana matahari, bulan dan matahari berada pada kedudukan selari . Dalam keadaan selari ini, bulan berada di tengah2 antara bumi dan matahari. Dlm kata lain, dari bumi, kita akan nampak bulan menutupi matahari.

 

 

 

gerhana_matahari1

 

 

 

Fenomena gerhana tidak berlaku setiap masa. Di Malaysia, kali terakhir ia terjadi pd tahun 2010. Tahun ini setelah 5 tahun berlalu, berlaku sekali lagi fenomena ini, 9 mac 2016. Sekiranya anda tdk berpeluang mlihat gerhana pada tahun ini, tahun 2019 akan berlaku sekali lagi peristiwa gerhana ini.

 

 

images

 

 

 

Gambar di atas merupakan kronologi pergerakan bulan menutupi matahari ketika berlakunya gerhana tersebut.

 

 

***************************************FENOMENA GERHANA MATAHARI SEPARA PADA 9 MAC 2016

JIKA ANDA TERLEPAS ANDA KENA TUNGGU PADA 26 DISEMBER 2019

***************************************

 

 

Pada 9 Mac 2016 nanti, bermula sebaik sahaja matahari terbit, seluruh Malaysia akan dapat menyaksikan Fenomena Gerhana Matahari Separa.

 

 

Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila 3 jasad besar di angkasa lepas, Bumi, Bulan dan Matahari berada di dalam kedudukan selari.

 

 

Hasil daripada kedudukan yang unik ini, jasad Bulan akan berupaya menutupi jasad Matahari, lalu akan mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa, dan akan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya.

 

 

Pada lokasi-lokasi tertentu, jasad matahari akan hilang keseluruhannya, lalu terjadilah fenomena Gerhana Matahari Penuh. Pada 9 Mac nanti, hanya negara Indonesia sahaja yang bernasib baik dapat melihat fenomena ini. InsyaAllah saya sendiri akan ke sana untuk cuba merakam fenomena tersebut.

 

 

Bagi anda di Malaysia, anda akan dapat melihat sebahagian besar matahari tertutup (bukan sepenuhnya). Fenomena yang ini dikenali sebagai fenomena Gerhana Matahari Separa.

 

 

Kali terakhir penduduk Malaysia dapat melihat fenomena Gerhana Matahari Separa ialah pada bulan Januari 2010.

 

 

Waktu Kejadian
—————
Gerhana Matahari Separa yang akan berlaku pada 9 Mac 2016 ini bermula sebaik sahaja matahari terbit di ufuk timur.

 

 

Bagi penduduk di Utara Malaysia, anda akan dapat melihat matahari sudahpun kelihatan ‘hilang’ sedikit sebahagian daripada sisinya ketika matahari terbit.

 

 

Bagi penduduk ke arah Selatan Malaysia, anda akan dapat lihat matahari dalam keadaan sempurna bulat ketika ia terbit, dan berpeluang melihat Sentuhan Pertama (First Contact), iaitu saat jasad Bulan kali pertama mula kelihatan di salah satu sisi matahari, lebih kurang 5-6 minit selepas terbitnya matahari.

 

 

Kemuncak Gerhana Matahari Separa ini berlaku sekitar jam 8.23 pagi. Namun, ia bergantung juga kepada kawasan dan lokasi.Selain itu peratusan matahari tertutup juga bergantung kepada lokasi. Semakin ke selatan, semakin banyak peratusan matahari akan tertutup.

 

 

 

Malaysia-Eclipse.001 (1)

 

 

 

Jadual dan rajah di bawah boleh digunakan sebagai panduan asas untuk waktu puncak gerhana serta peratusan matahari tertutup.

 

 

Semenanjung Malaysia

Kangar – 8.25 pagi (67%)
Kuah – 8.25 pagi (67%)
Alor Setar – 8.25 pagi (68%)
Georgetown – 8.25 pagi (70%)
Ipoh – 8.24 pagi (73%)
Kuala Lumpur – 8.24 pagi (79%)
Shah Alam – 8.24 pagi (79%)
Putrajaya – 8.24 pagi (80%)
Seremban – 8.24 pagi (81%)
Melaka – 8.23 pagi (83%)
Johor Bharu – 8.24 pagi (86%)
Kuantan – 8.25 pagi (77%)
Kuala Terengganu – 8.26 pagi (71%)
Kota Bharu – 8.26 pagi (68%)

Sabah & Sarawak

Kuching – 8.29 pagi (87%)
Sibu – 8.31 pagi (85%)
Bintulu – 8.33 pagi (82%)
Miri – 8.36 pagi (78%)
Kota Kinabalu – 8.40 pagi (73%)
Sandakan – 8.42 pagi (75%)
Tawau – 8.41 pagi (81%)

Secara umumnya, Gerhana Matahari Separa di Malaysia akan tamat lebih kurang 1 jam 5 minit SELEPAS waktu puncak di atas.

Jika anda terlepas peluang menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa ini, anda perlu menunggu hingga 26 Disember 2019. Pada tarikh tersebut, sebahagian kecil di selatan Sememanjung Malaysia akan berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Cincin, manakala kawasan lain di Malaysia dapat menyaksikan Gerhana Matahari Separa.

AMARAN! JANGAN SEKALI-KALI MELIHAT MATAHARI, SAMA ADA MENGGUNAKAN MATA MAHUPUN PERALATAN ASTRONOMI, TANPA MENGGUNAKAN SEBARANG PENAPIS KHAS MATAHARI. IA BOLEH MENGAKIBATKAN MATA ANDA BUTA!

 

 

Alat2 yg boleh digunakan utk melihat gerhana matahari :

 

 

Cermin Mata Gerhana / Glasses Shades

32498

 

 

 

Penapis baader yg dipasang dihadapan teleskop atau kamera yg klihatan spt aluminium foil

Solar-Eclipse-Photography

 

 

Eyepiece Projection

16644036698_8200b3f257_n

 

 

Kaedah pinhole projection

pinhole_projection_method

 

 

 

Disebabkan gerhana berlaku dalam tempoh masa bertahun2 sekali, maka solat sunat gerhana juga dapat dilaksanakan dlm tempoh masa yg lama spt 4 @ 5 tahun sekali. Jom solat gerhana.

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

One Comment

  1. ramai juga yang tak tahu solat sunat gerhana ni.

    syukur gerhana ni muncul, kalau tak, lagi ramai yang tak tahu dan berkesempatan menunaikannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *