Kejam Menyamai Zaman Jahiliyyah!!!

buang_bayi_2

 

 

 

Allah… sedih nak menulis tentang pekara ni].. tak tahu nak cakap macam mana, makin menjadi2 kan kes buang bayi ni. Apa yang saya nak tulis cuma tiga perkara.

 

 

 

Pertama :
Asbab utama perkara ni terjadi adalah kerana ilmu agama yang tidak diamalkan dalam kehidupan. Allah kata jangan hampiri zina. Diorang hampiri juga, dorang  buat juga keja2 penzinaan ni walaupun diorg tahu benda ni dosa, tapi kenapa diorang buat jugak? Sebab tiada pengamalan dalam ilmu agama tu. Ilmu agama yg dipelajari tak mendalam, tak sungguh2.. Bukan dah belajar ke dalam subjek pendidikan Islam?? Ya memang belajar tapi belajar pendidikan Islam je tak cukup. Macam2 lagi ilmu agama kena belajar, ilmu yg lebih khusus, ilmu fardu ain, ilmu2 hadith, alquran, ilmu wahyu dll.

 

 

 

Nak jadi sebenar2nya manusia kena belajar smua ilmu agama khusus dalam alquran dan hadis. Bila semua ilmu agama lekat dalam hati, baru iman kuat, baru lah tak jadi benda2 ni semua. Ya, memang ada je yang belajar pendidikan Islam tak terjebak pun dengan penzinaan ni.. Ye memang betul. Saya tak cakap semua, tapi yg saya nak bawakan ialah, sekiranya sistem pendidikan yang hanya mewajibkan subjek pendidikan Islam ini berkesan untuk membentuk akhlak para pelajar, sudah tentu tiada kes penzinaan, buang anak serta budaya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dengan sewenang2nya. So apa yg perlu buat adalah, upgrade lagi ilmu agama di sekolah. That’s the point.

 

 

 

“Kalaulah si ibu tahu betapa pedihnya azab membuang bayi, betapa pedih nya azab berzina, betapa pedihnya azab membuat dosa2 besar ni.. Allahuakhbar.. saya yakin tiada sesiapa pun berani nak buat benda2 jahat ni”… cuba google apa dosa buangbayi ni??? Bayi2 ni nanti akan tuntut setiap perbuatan ibu2 yang berlaku kejam terhadap mereka nanti.. Betapa seksanya si ibu nanti apabila di akhirat kelak. Kalaulah si ibu tahu betapa peritnya seksaan membunuh anak nescaya mereka tentu tidak terdaya untuk membuang serta membunuh anak mereka.

 

 

Kedua :
Asbab ibu bapa sendiri yg tak menjaga anak.. Aik, salah ibu bapa pulak?? Ya memang salah ibu bapa pun. Keluar kerja tak salah, pegi la keja, tapi yang salahnya pergi keja, bz dan tak ingat langsung nak didik anak. Just dalam kepala tu nak cari duit, duit dan duit je.. Kenapa? Sebab nak bagi makan family..

 

 

Saya tak kata cari duit n pegi keja salah ye. Act apa yang saya nak maksudkan di sini ialah, ibu bapa zaman sekarang bz sangat keja sampai lupa nak mengajar anak.  Sebenarnya orang yang utama yg wajib didik anak ialah ibu bapa, bukan guru. Saya petik kata2 daripada ustaz Don, ibu bapa lah yang bakal menentukan samada anak nya syurga atau neraka. Jadi didiklah anak menjadi manusia yang tahu nilai kebaikan dan keburukan.. Itu adalah tanggungjawab ibu bapa. Jadi lakukan tanggungjawab itu dengan penuh amanah.

 

 

 

Ketiga :
Manusia telah kembali ke zaman jahiliyyah. Kalau dulu manusia zaman jahiliyyah tanam anak hidup2.. tapi sekarang manusia zaman moden buang anak hidup2 dan ditinggalkan sehingga meninggal.. Sedihnya.. di kala Islam telah menjejak ke dalam kehidupan umat Islam, still lagi manusia membuat kejahatan. Nabi Muhammad saw berkata di akhir zaman, manusia sudahberani melakukan penzinaan di tepi2 jalanna. Means kat sini, penzinaan tu sangat mudah dilakukan hatta kat tepi jalan sekalipun. Sekarang penzinaan berlaku di merata tempat. Thats why anak2 hasil penzinaan yang lahir pun macam cendawan yang tumbuh selepas hujan..

 

 

 

Kejam… itu lah istilah yang sewajarnya kita samakan dengan manusia yang melakukan perkara terkutuk itu. Sangat kejam kerana sangggup membunuh anak yang tidak berdaya!!!!

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *