Suhu di Malaysia sekarang sangat panas disebabkan equinoks?

cdece702-55f1-4955-910b-1aaacca1882b

 

 

Assalamualaikum…
Hai semua. Ok, memandangkan saya ni belajar lah sikit tentang Astronomi ni, jadi saya rasa terpanggil pula nak share tentang fenomena equinoks dan kaitannya dengan suhu yang sangat panas sekarang ni kat Malaysia.

 

 

Saya terangkan dengan cara mudah agar orang ramai faham ye. Sebenarnya kita tahu kan bumi ni beredar mengelilingi matahari pada paksi condong 23.5 darjah. So bila paksi ni condong, means bagi pengaruh kepada jarak and kedudukan matahari kepada bumi.

 

 

Bila masuk bulan Mac dan September je, time ni matahari dekat sangat dengan khatulistiwa. Kedudukan matahari tu dekat dengan kawasan khatulistiwa termasuklah Malaysia, Indonesia, Singapura, Sulawesi dan Brunei.

 

 

 

Ekuinoks (1)

 

 

 

Persoalan sekarang, adakah equinoks penyebab suhu panas masa kini? Jawapannya ya dan tidak.. Ya kerana ia juga penyebab kpd suhu panas di bumi.. Tidak kerana ada faktor lain yg utama kpd kepanasan di bumi iaitu El Nino.. Jadi equinoks bukan penyebab utama kepanasan di bumi ye.. ia hanya sebahagian. El Nino adalah penyebab utama.

 

 

 

 

 

Bila berlakunya ekuinoks, ada la orang bercakap bahawa siang dan malam akan sama panjang kan. 12 jam siang dan 12 jam malam. Actually ini pun kurang tepat. Sebabnya waktu matahari terbit dikira pada masa pusat matahari betul2 atas ufuk, bukannya fizikal matahari atas ufuk. Kalau nampak fizikal piring matahari dah keluar, actually masa siang belum lagi dikira. Masa siang dikira saat pusat matahari betul2 atas ufuk. So walaupun nampak cahaya matahari dah keluar pukul 7.25, actually tak dikira siang lagi tu. Hurm, susah jugak nak terangkan dengan ringkasnya.

 

 

 

Secara mudahnya nak bagi tahu, sebenarnya matahari ni kalau dia terbit tepat pukul 7.30 pagi dan terbenam tepat 7.30 petang, so barulah panjang siang dan malam 12 jam sama panjang. Tapi kat Malaysia tak macam tu. Matahari terbit pada masa yang berlainan. Tengok waktu syuruk dalam jadual waktu solat jakim pukul berapa, n tengok juga waktu matahari terbenam time maghrib juga dalam jadual jakim tu, sama tak, Tak sama kan? So ini pun dah bukti masa siang dan malam tak sama 12 jam tu.

 

 

 

Ok, satu lagi yang nak diceritakan ialah tentang musim di Malaysia dan kawasan2 khatulistiwa. Tahu kan, kawasan khatulistiwa adalah panas dan sejuk sepanjang tahun. Means Malaysia n kawasan sewaktu dengannya akan mengalami hujan dan panas berselang seli lah kan. Tapi harus diingatkan, walaupun sekarang musim panas, belum tentu hujan tak turun. Malaysia Negara berawan. So kalau proses kondensasi dan seterusnya proses penyejukan awan berlaku, hujan tetap akan turun walaupun musim sekarang sangat panas…Doa2 lah hujan turun selalu time2 panas ni.  Aamin..

 

 

 

Nak tahu lebih lanjut tentang ekuinoks?? Cuba layari www.falakonline.com.. Ni blog Encik Shahrin, amatur astronomi kat Malaysia ni. Terima kasih.

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *