El Nino VS Ekuinoks?? Apa penyebab Suhu panas sebenarnya kat Malaysia ni

th (1)

 

 

 

Assalamualaikum… Saya ada menulis tentang ekuinoks yang berlaku pada bulan Mac ni. Saya ada juga menyatakan ekuinoks adalah penyebab kepada kepanasan dan suhu panas di Malaysia pada masa kini..

 

 

 

Ok, memang ada benarnya ekuinoks penyebab kepada suhu panas masa kini. Tetapi itu hanyalah faktor sampingan… Actually selain ekuinoks, ada satu penyebab lain yg menjadi punca kepada panasnya bumi Malaysia pada masa kini. Penyebab tersebut ialah EL NINO.

 

 

 

El Nino !! Yup El Nino faktor UTAMA kepada pemanasan cuaca masa kini, manakala ekuinoks adalah penyebab sampingan. Saya tidak menyatakan secara terang2an dalam artikel sebelum ini bahawa selain ekuinoks, el nino menjadi faktor utama kepada panasnya Malaysia masa kini

 

 

 

Ok, Whats is EL NINO???

 

 

 

El Nino menurut wikepidea, merupakan fenomena fasa berlawanan putaran iklim semulajadi yang dikenali sebagai Getaran Selatan El-Nino. Fenomena ini merujuk kpd perubahan besar kepada suhu permukaan laut merintangi timur pasifik tropika.

 

 

 

Manakala El Nino, menurut takrifan yang saya ambil daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), El Nino ialah fenomena di mana lautan panas menggantikan arus laut yang sejuk di luar pantai barat Peru, Amerika Syarikat. Selain Peru, beberapa tempat lain turut mengalami pemanasan laut ini seperti kawasan Pasifik Tengah dan Timur.

 

 

 

Disebabkan lautan panas ni, jadi beberapa kawasan mengalami peristiwa cuaca yang luar biasa seperti panas serta kemarau yang luar biasa, serta ada juga yang mengalami banjir yang teruk. Jadi kita kena faham el nino bukan sahaja penyebab kepanasan di beberapa kawasan namun turut menyebabkan banjir.

 

 

 

Di kawasan2 Asia Tenggara, Indonesia dan Australia mengalami keadaan cuaca yang lebih kering daripada normal biasa. Secara lazimnya el nino boleh berlanjutan sehingga 18 bulan. Menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), el nino penyebab kepada kepanasan luar biasa di beberapa kawasan seperti tropika di tengah dan timur lautan pasifik.

 

 

 

Kesan El Nino
  1. Keadaan panas dan kering yang luar biasa di beberapa negara seperti Malaysia, Indonesia, filipina dan Utara Australia
  2. Cuaca yang lebih panas juga berlaku di Afrika, India, Utara Brazil
  3. Cuaca yang lebih lembab pula berlaku di tropika Amerika Selaran dan pantai teluk Amerika Utara
  4. Impak el nino secara asasnya menyebabkan jumlah hujan yang diterima akan berkurangan di Malaysia terutamanya Sabah dan Sarawak
  5. El Nino menjadi faktor kepada kebakaran hutan yang boleh berlaku disebabkan cuaca yang sangat panas di beberapa negara. Sekiranya kebakaran hutan berlaku, boleh menyebabkan jerebu yang mencemarkan lagi kualiti udara

 

 

Rumusannya El Nino adalah fenomena alam semulajadi. Fenomena kepanasan yang terjadi ini adalah hukum alam semulajadi, ia bukannya disebabkan oleh faktor aktiviti manusia di muka bumi ini (seperti penebangan hutan secara tidak terkawal, pencemaran industri, penggunaan bahan bakar fosil, pelepasan gas rumah hijau – antara faktor sampingan penyebab kepada kepanasan global di bumi).  Jadi dirumuskan faktor utama kepanasan di Malaysia ialah disebabkan fenomena El Nino, ditambah lagi dengan ekuinoks kemuncak yang bakal berlaku pada 20 Mac dan ditambah lagi dengan aktiviti2 manusia… ni lah akan menyebabkan suhu semakin tinggi saban hari pada masa kini. TQ

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

2 Comments

  1. Pn nurul huda izinkan saya utk publish artikel.ini didalam email organisasi di bawah skuad sihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *