Laporan Gerhana Matahari di Malaysia

maxresdefault
Gerhana matahari @ istilah englishnya ialah Solar eclipse berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari, di mana kedudukan ketiga2 jasad samawi ini berada dalam keadaan selari. Hasil daripada kedudukan yang unik ini, jasad Bulan akan berupaya menutupi jasad Matahari, lalu akan mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa, dan akan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya.

.

.

Di Malaysia, iaitu pada 9 Mac 2016 yang lalu, seluruh Malaysia dapat menyaksikan fenomena gerhana matahari separa. Kali terakhir fenomena gerhana matahari separa berlaku di Malaysia ialah pada Januari 2010. Gambar di bawah menunjukkan perjalanan bagaimana bayang-bayang bulan melintasi matahari sedikit demi sedikit sehingga menutupi sebahagian matahari dan seterusnya sedikit demi sedikit beransur menjauhi matahari.

.

.

.

51457587478_950x600
(sumber planeterium negara)
 .

.

.

Terdapat empat jenis gerhana matahari:
  • Gerhana penuh di mana ia berlaku qapabila bayang bulan menutupi sepenuhnya cahaya matahari yang amat terang, ini menyebabkan keseluruhan bumi gelap kerana tidak menerima cahaya matahari.
  • Gerhana anulus/cincin berlaku apabila Matahari dan Bulan betul-betul sebaris, akan tetapi saiz Bulan kelihatan kecil daripada saiz Matahari—ini menyebabkan Matahari kelihatan seolah-olah sebentuk cincin yang amat terang mengelilingi cakera Bulan yang lebih gelap.
  • Gerhana hibrid (juga disebut gerhana anulus-penuh) berubah antara gerhana penuh dan anulus. Ia kelihatan seperti gerhana penuh di beberapa tempat pada permukaan Bumi sementara di tempat lain pula ia kelihatan seolah-olah gerhana anulus. Gerhana hibrid agak jarang berlaku.
  • Gerhana separa berlaku apabila Matahari dan Bulan tidak tepat sebaris dan Bulan hanya melitupi Matahari dengan separa. Fenomenon ini lazimnya dapat dilihat dari sebahagian besar Bumi yang terletak di luar laluan gerhana anulus ataupun penuh. Walau bagaimanapun, beberapa gerhana hanya dapt dilihat sebagai gerhana separa oleh sebab umbra melintasi wilayah kutub Bumi dan tidak menyilangi permukaan Bumi.
 .

.

 

Gerhana matahari separa yang berlaku di Malaysia pada 9 Mac yang lalu adalah daripada jenis gerhana matahari separa. Ini bermakna, bayang bayang bulan tidak sepenuhnya menutupi matahari. Gerhana matahari di Malaysia  bermula sebaik sahaja matahari terbit di ufuk timur. Penduduk di Utara Malaysia mengalami kejadian ini lebih awal berbanding kawasan Timur dan Selatan Malaysia. Ketika matahari terbit di Timur, matahari sudahpun kelihatan hilang sedikit di bahagian sisi berbanding di kawasan Selatan Malaysia di mana penduduk sekitar tersebut masih dapat melihat matahari dalam keadaan sempurna bulat ketika ia terbit di ufuk Timur. Oleh demikian, penduduk sekitar Selatan Malaysia termasuk Kuala Lumpur sendiri dapat melihat sentuhan pertama (First contact) iaitu saat jasad bulan kali pertama mula kelihatan di salah satu sisi matahari lebih kurang 5 hingga 6 minit selepas terbit matahari.
.
.
Gambar di bawah menunjukkan waktu kemuncak berlakunya gerhana matahari separa di Malaysia di mana setiap kawasan mengalami waktu kemuncak pada waktu-waktu yang berlainan bergantung kepada kedudukan sesebuah kawasan dan negeri.
 .

.

.

Malaysia-Eclipse.001-1 (2)
(sumber falak-online)
 .

.

Gerhana matahari akan sentiasa berlaku selagi mana bulan matahari dan bumi berada pada orbit mereka yang tersendiri. Selagi mana berlaku pergerakan serta peredaran bumi dan bulan mengelilingi matahari, selagi itu lah kemungkinan untuk berlakunya gerhana matahari akan terjadi. Nantikan kemunculan gerhana matahari seterusnya pada tahun 2019 nanti.. Ok.

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *