KENAPA MANUSIA WAJIB SOLAT?

sequance-solat
Assalamualaikum..
Kenapa manusia wajib solat?
Jawapannya kerana tanda kita membalas budi kepada Allah, Tuhan kita yang satu yang dah bagi macam2 kat kita kat dunia ni.. Tak terhitung banyaknya..
Apa Allah bagi tu ibarat selaut air pun tak boleh nak dibandingkan
Allah bagi mata untuk lihat.. kalau tak de mata?
Allah bagi telinga untuk dengar
Allah bagi nafas dan udara untuk terus hidup
Allah bagi hati untuk terus menyalurkan fungsi darah
Allah bagi anak2, suami., family
Allah bagi rezeki tak terhingga
Allah tumpang kan kita tempat tinggal secara free iaitu atas bumi
Allah tumpangkan langit sebagai bumbung kita
Allah bagi kaki untuk jalan
Allah bagi akal untuk berfikir
Allah bagi perasaan supaya dapat rasa gembira, sedih, marah..
Banyakknya tak boleh nak tulis dah..banyak sangat nak listkan
.
.
Ye, Allah bagi banyak..jadi apa salahnya bila Allah minta kita solat, jadi kita solat. 10 minit je pun untuk setiap solat. Allah tak minta banyak. 5 kali je shari. Kalau bershopingg sanggup berjam2 kat mall, kalau nk suruh solat atas tikar sejadah, terkocah2 kadang2 2 minit dah selesai solat, kadang2 tu sampai tak solat pun ada… Allah.,..kenapa manusia tak nak bersyukur
.
.
Allah tak paksa untuk kita solat. kalau solat Alhamdulillah..bahagia hidup..
Kalau tak nak solat, terpulang lah.. tapi Allah sediakan sesuatu orang yg tak nak solat
Ye lah, ada yang bersolat dan ikut perintah Allah, jadi Allah sediakan syurga untuk nya
Yang tak solat Allah sediakan azab..So adil kan??
Dan nak cakap sikit tentang org2 yg suka cakap ni
“Ala, ingat orang bersolat n tutup aurat tu baik sangat ke, condirm ke masuk syurga?
Jawapan saya : Sekurang2nya dia solat dan menutup aurat. Jadi dia dah ikut cakap Allah. InsyaAllah syurga menanti mereka sbb Allah JANJI nak bagi SYURGA pada mereka yg bersolat dan mengikut perintah Allah. Yang TAK SOLAT, TAK TUTUP AURAT, BUAT DOSA2 BESAR… Kan Allah dah cakap tempat mereka adalah di neraka. Tak kisah la awak baik macam mana sekalipun, suka bagi derma n sedekah, once tak ikut perintah Allah, tahu kan?? Macam orang cina ke, kafir ke.. baik sungguh kat dunia. Suka bagi derma, suka tolong orang, tapi dah tak ikut perintah Allah, tak kan ke syurga kot.. baik belum tentu syurga kan??
.
.
Saya share info dosa2 org tak solat ni supaya ingat sikit hidup kat dunia ni tak lama dah. Sekejap je n bila2 kita boleh mati.. Jadi solat lah ye.. Peringatan untuk saya sendiri juga..
Dosa Meninggalkan Solat 5 Waktu
1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan
60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.
6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :
1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :
1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.
3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :
1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *