DIA AYAHKU TERBAIK DI DUNIA

10678635_746719962041412_3529260351107629114_n
 .
.
Assalamualaikum..
Pic atas tu adalah pic ayah Nurul.. Nurul sangat2 hormat, respect, sayang dan sangat2 bangga kerana menjadi anak kepada ayah, Ahmad Zaki..
.
.
Tahu kenapa?? Kalau kawan2 semua baca kisah ayah saya ni.. kawan2 tentu akan rasa sedih.. PENGORBANAN yg dia lakukan untuk Nurul dan keluarga.. (terketar2 menulis kerana dapat rasai kesedihan bila teringat pengorbanan ayah..
.
.
Ayah Nurul namanya Ahmad Zaki bin Shekh. Anak ke tiga daripada 8 adik beradik. Ayah Nurul ni bijak tau. Masa SRP dia dapat straight A.. time tu dipanggil pangkat rasanya. Tapi akademik ayah terhenti setakat SRP sahaja. Tapi Nurul bangga sangat dengan ayah. Ayah sangat bijak. pemikirannya ke hadapan. orang lain tak dapat pikir pun benda tu tapi dia mampu explain why mesti jadi macam tu.. Allah… memang seiring maksuudnya yang terpuji kepandaian..

.

.

Nurul ingat lagi sepanjang Nurul belajar di sekolah. Ayah sebenarnya kerja di Jabtan Kebajikan masyarakat, bergaji RM800.. tapi gaji banyak tu tak cukup.. Walaupun gaji banyak tu, ayah akan peruntukkan sedikit utk nenek… Jadi sampingannya ayah meniaga buah2 an.. lps tu meniaga besi buruk.. sebab nak sara kami 6anak beranak..susah payah sangat ayah keja untuk kami..
.
.
Nurul ingat lagi masa zaman sekolah rendah. Nurul antara top 5 je kat sekolah (bkn top 1) sebab malas belajar.. Ayah selalu hantar dan ambik Nurul kat sekolah naik motor buruk. Nurul malu dengan kawan2 masa tu.. kalau boleh nak sorok muka. Dorang dtg naik keta.. Ayah tak de kereta.. Zaman tu memang Nurul malas belajar.. main je tahu.. last2 nak dekat exam, result jatuh.. jadi Nurul ambik tuisyen malam.. Ayah hantar dan ambik juga…
.
.
Suatu hari.. suatu malam.. Allah bukakan hati kecil Nurul yg buta selama ini. Allah bagi Nurul berfikir bagi Nurul hidayah. Masa tu ayah datang ambil Nurul kat sekolah bawa raga di belakang motor. Ayah masukkan Nurul dalam raga. Masa tu Nurul menangis.. menangis sangat.. menitis air mata SEBAB time tu PIKIRKAN mulianya hati ayah bersusah payah kerja cari duit utk Nurul berjaya. Keja sampai lewat malam cari duit untuk sekolahkan nurul, bagi nurul makan. Sebab tu nurul menangis!
.
.
Elok la exam tinggal berapa hari je lagi. Tapi ayah Nurul memang straight dalam aspek Nurul belajar walaupun Nurul pemalas. Matematik adalah subjek terbaik Nurul. Walaupun Nurul pemalas, tapi Nurul adalah pelajar genius matematik. Tak pernah dapat B, C, D or fail.. Semua A, dan selalu skor paling tinggi. Sebab : AYAH YANG AJAR KAT RUMAH – kdg2 sampai teresak menangis sebab ayah garang sangat masa mengajar… UPSR just dapat 3A 2B.. Tak dapat masuk sekolah budak pandai..
.
.
TAPI AYAH sangat positif. Bagi Nurul ke sekolah agama menengah. Nurul memang study hard. Tiap tahun skor no 1 or 2. SEBABnya time ni dah ada keinsafan untuk berjaya. AYAH?? He is very supportive. Dia keja kuat, meniaga.. siang malam keja.. Allah.. hati Nurul menangis selalu tengok ayah. Ayah.. walaupun tak de duit, dia still belikan buku latihan semua subjek setiap bulan.. Walaupun serba kekurangan, rumah pun panas masa Nurul belajar dulu, tak de kipas,, tapi pada Nurul ayah dah bagi yang terbaik..
.
.
Ayah belikan sebuah basikal utk Nurul. Basikal tu lah nurul naik hari2 mengayuh seawal 6.30 pagi, mengayuh balik sepanas 2.30 petang.. naik basikal hari2 80 minit pergi balik stesen bas. Dari stesen bas naik bas ke sekolah selama 60 minit lagi pergi dan balik.. jauh kan perjalanan ke sekolah Agama nurul ni.. SMA Daeratul Maarifil Wataniah… Guru2 sekolah Agama yang mendidik Nurul utk menjadi makhluk Allah yang bersyukur, dan hidup beragama.. Mnjadikan Nurul manusia.. Semua sebab Ayah.. Ayah yang hantar Nurul ke sekolah ni.. Kalau ayah hantar sekolah biasa??? Whats happen to me?? Ntah2 pakai seluar ketat, free hair, tak solat???? Allahuakhbar.. terima kasih ya Allah mendorong ayah untuk menghantar kami adik beradik ke sekolah AGAMA.. kata Ayah..”Ayah tak pandai bab2 agama..biar ayah ja tak pandai agama, tapi anak2 ayah jgn tak pandai agama”… itulah kata2 Ayah pada Nurul suatu masa lalu… THANKS ayah… Ayah dorongkan Nurul pada jalan Allah…
.
.
Bdk sekarang nampak kan naik motor, kereta ke sekolah.,.Nurul just berbasikal sampai form 4.. PMR Nurul paling cemerlang.,Then dapat masuk sekolah Al-Irsyad, sekolah terbaik Penang.. Ayah lah paling hepi…mak pun hepi.. gembira sangat Nurul dah masuk sekolah pandai2.. Then masuk UM..Nurul ni minat study,., Alhamdulillah still skor first class.. Pada Nurul apa yang dapat dan kecapi sekarang ni hanyalah sebab ALLAH tlg, dgn cara ada AYAH dan MAK Nurul ni..
.
.
Tahu tak.. Ketika zaman belajar Ijazah di Universiti Malaya,  Nurul mmg tak ggu duit ayah. Nurul berjimat hari2.. dikala kawan2 kuar berjalan2 hujung minggu ke Jalan Tar, ke Times Square.. Nurul tak.. Nurul tak nak bazir duit.. Hari2 Nurul beli nasi sekali shaja tengah hari.. then nasi tu Nurul bahagi dua untuk makan malam sama.. So nurul just belanja shari sekali saja.. So duit PTPTN nurul, nurul bagi ayah sikit.. baki Nurul guna untuk makan.
.
.
Nurul ada 3 adik lagi. Semua bersekolah.. TAHU tak??? Ayah setiap hari cari BESI BURUK tepi2 jalan dan di kawasan sampah sarap sebab nak cari duit untuk sekolahkan anak!!! Allahuakhbar.. Sebab tu kalau Nurul ada duit lebih, Nurul bagi ayah sebab Nurul tahu ayah tak cukup duit. Ayah berhutang sebab nak sekolahkan anak2.. WAHAI ANAK2 DI LUAR SANA… KESIANKANLAH AYAH ! KASIHANKANLAH AYAH!.. Nurul sayang sangat2 kat ayah.. Ayah sanggup berpanas, cari BESI BURUK di kawasan sampah sarap untuk cari rezeki.. TU pun orang kg dengki.. Cakap ayah ni tak cukup duit ke sampai cari besi buruk?? Ayah cakap “Ayah cari rezeki halal. Walaupun orang buang dalam tong sampah MPSP, tapi benda tu boleh jual balik.. dapat duit.. Ayah tak minta duit orang lain.. Ayah cari rezeki halal utk anak2 ayah”- kata2 ayah pada saya suatu masa lalu..
.
.
ASBAB itu yg paling UTAMA nurul sambung phd. Niat hati nak kerja cepat sebab nak bantu ayah.. nak bantu adik2 belajar.. tapi ayah kata “Ambillah Phd Nurul.. Ayah bangga sangat ank ayah ambik Phd. Anak kepada ayah yang mencari besi buruk dapat ambik phd”.,…itu lah kata2 ayah pembakar semangat untuk nurul ambik phd..
.
.
Alhamdulillah.. Nurul berjaya habiskan phd ayah.. Nurul kuat, jatuh dan bangun sepanjang liku2 mengambil phd,, kuat sebab AYAH.. Ayah tak tahu.. tapi dari benak hati Nurul, Nurul nak bagi tahu.. Nurul berjaya bukan sebab Nurul tapi Sebab Allah .. Sebab Ayah. Tanpa Allah tolong jadikan ayah sebagai ayah Nurul,, Nurul tak ada kat sini sekarang ayah!! Masa Nurul viva Phd, ayah datang dari penang ke KL, naik bas semata2 nak tunggu luar pintu persidangan phd Nurul. Ayah tak dibenarkan masuk tapi ayah tunggu 2 jam (10 hgga 12 tgh) di luar pintu. Sebelum tu Nurul tengok ayah pegi surau utk solat hajat utk Nurul. Nurul hargai sangat2.. Alhamdulilah.. ayah menitis air mata di saat keputusan viva phd Nurul LULUS.. ayah menangis sambil dipeluk prof2 yg terlibat dalam viva Nurul.. ayah.. oh ayah.. Nurul berjaya sebab ayah.
.
.
Kini, Nurul mampu tolong ayah. Every month daripada duit gaji Nurul tu,memang  sebahagiannya MILIK ayah!! Wajib menjadi milik ayah. Adk2 pn Nurul dah mampu tolong.. TAPI AYAH MASIH DENGAN BESI BURUKNYA!!! Kata ayah ” Ni jiwa ayah.. walaupun dah pencen, ayah still cari besi buruk di kawasan pembuangan barang dan sampah.,, ayah cari tepi2 jalan.. asbab kerana MINAT. Ayah tak boleh duduk rumah rehat2 nanti ayah sakit sebab banyak tidur.. Cari besi buruk memang dah SEBATI dengan ayah” – kata2 Ayah pada Nurul  hari tu..
.
.
Sampai sekarang ayah cari besi buruk untuk jual.. dapat sara adik2 sekolah lagi.. Walaupun anak2 dah bagi duit pada ayah, ayah still cari besi buruk. Ayah kata, setiap kali jual, dapat la 20 ke 30 rgt.. boleh beli lauk.. duit anak2 bagi ayah simpan, tak nak usik kecuali ketika terdesak… Sebenarnya Nurul dah tak sanggup tengok ayah keja macam tu.. tapi dia nak juga keja.. Nurul hormati minat ayah.. Mungkin orang kat luar akan kata, anak sulung keja cikgu, anak kedua dah jadi lecturer, tapi ayah masih cari besi buruk??? – Ayah kata, biarlah apa orang nak kata… diorang tak tahu apa2.. ayah cari besi buruk sebab dah jiwa ayah!! Bukan asbab anak2 tak tolong… – kata2 ayah pd Nurul..
> Sebenarnya tiap kali balik kg, ayah suka sembang dengan Nurul.. hehe.. kami selalu sembang sama2.. masa ni lah dia suka luahkan rasa hati dia.. Nurul sayang ayah dunia akhirat.. Nurul selalu doakan.. “Ya Allah kau tolonglah balasi segala kebaikan ayah selama ini kepadaku. Aku tak mampu balas budi ayah, tapi ya Allah, Kau gantikanlah segala kebaikannya dengan ganjaran pahala sebesar2nya.. dan aku mohon berkatilah UMUR ayahku sepanjang hidupnya” .. Nurul tak pernah tidak untuk tidak mendoakan ayat ini buat ayah dan mak.. (kisah mak lain pula.. =))..Alhamdulillah ya Allah bagi ayah dan mak di dunia ni.. Jerit perit mereka buatkan aku menjadi SEORANG MANUSIA BERAKAL.
.
.
WAHAI ANAK2 DI LUAR SANA… Tak guna kau ada kereta besar, gaji besar, rumah besar, makan hari2 sedap2 dan besar2.. SEDANGKAN IBU BAPA kau kat kampung hidup melarat.. hidup penuh kesusahan dan kedaifan.. gaji kau 2000 tapi 50 rgt pun kau KEDEKUT nak bagi.. alasan sebab tak cukup.. nak bayar rumah, nak bayar kereta, nak sara anak bini!!! TAPI kau CUKUP pula bayar semua2 tu. Kenapa nak bagi mak ayah pun tak boleh???
.
.
Di kala kau makan KFC, mak ayah kau makan ikan kering sebab nak berjimat. Di saat kau beli air cond rumah, mak ayah kau kipas pun tak ada… di saat kau berjalan2 bersiar2 melancong seronok2.. mak ayah kau bersusah payah membajak tanah untuk bertani untuk sesuap nasi.. TERUKNYA PERANGAI KAU WAHAI ANAK..
.
.
Kau hidup dulu sebab ayah mak kau bagi makan.. cuba hitung berapa banyak mak ayah belanjakan untuk kau makan minum sejak kau lahir sampai kau belajar di menara gading?? Berapa RATUS RIBU JUTA?????
.
.
Kau ingat kau mampu nak bayar balik??? Nak bagi mak ayah duit pun KEDEKUT.. Anak tak kenang budi!! Saya bercakap atas dasar apa yang berlaku masa kini.. kau tak layak hidup kalau kau tak mampu tolong mak ayah..
.
.
Tolonglah wahai anak2.. kalau kau bergaji RM3000.. tolonglah utamakan perbelanjaan mak ayah. Utamakan bagi 700 pada mak ayah setiap bulan. Baki 2000 tu baru kau bahagikan untuk keperluan kau.. Lagi berkat gaji kau. Percayalah Allah akan sentiasa cukupkan dan murahkan rezeki kau kerana berbakti pada mak ayah.. Anak2 kau akan jadi soleh solehah, isteri kau akan taat pada kau.. hidup kau akan tenang!! Percayalah!! Utamakan lah mak ayah.. cuba pikir berapa lama lagi mak ayah nak hidup?? 10 tahun?? 20 tahun?? Sekejap sangat.. BERBAKTILAH PADA MAK DAN AYAH KETIKA MEREKA MASIH HIDUP..
.
.
SEKIAN

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

2 Comments

  1. Terima kasih Kak Nurul.. Air mata yang jrang skali keluar kerana Papa n Mama sya, telah mngalir deras hari ne. Papa sya Cikgu.. Dialah lelaki paling hebat di dunia smpai bila2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *