SELAMAT HARI GURU

doodle cikgu bella
.
.
Asslamualaikum.. masih sempat untuk mengucapkan selamat hari guru kepada guru2 di Malaysia dan seluruh dunia. Dan paling penting kita kna mengucapkan terima kasih serta selamat hari guru kepada guru pertama kita iaitu ibu dan ayah.. Ibu dan ayah adalah guru pertama kita di dunia ni. Apa pun kita tdk boleh menafikan pengorbanan mereka mnedidik kita kan. First word kita apa agaknya? Ya, maa.. means mak.. mak org pertama kita sebut dan kita knal.. Ibu org pertama yg mengajar kita, dan keduanya ialah ayah.
.
.
Guru kedua kita yg utama ialah guru sekolah. Saya percaya guru kedua ialah guru sekolah kerana guru adalah org kedua meluangkan masa yg lama bersama dgn anak2 kita. Brapa jam anak di sekolah? Cuba count?? Lama kan.. start 8pg smpai 2 ptg.. tak plus dgn ko kurikulum lg tu..Guru sebenarnya bkn sj didik dalam aspek pelajaran tp dlm aspek akhlak.. Saya nak cerita tntg hidup sy dan kisah seorang ustazah yg mencorakkan sy menjadi manusia berakhlak spt mn diajarkan dlm Islam.
.
.
GURU SAYA
.
.
Saya sejak sekolah rendah tidak suka pakai tudung, tak suka solat (tak baligh lagi time ni). Masa saya kecik saya selalu terpikir knapa Allah suruh tutup rambut sedangkan Dia yang buat rambut manusia jadi cantik. Buat apa tutup? Tunjuk je lah kat orang.. dan masa saya kecik sy lebih selesa berseluar panjang dan ber T’shirt.
.
.
Habis sekolah rendah, ayah hantar sekolah Menengah Agama di Kepala Batas, Pulau Pinang. Totally 360 darjah berubah keadaan sy. Sekolah saya ni Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniyah.. Di sekolah ni lah saya kena pakai tudung labuh, di ajar utk hafal al-quran (ayat2 tertentu, bukan by juzuk), diajar tentang kepentingan solat.
.
.
Masa tu saya mula tertarik sedikit demi sedikit tentang agama. Rupanya saya ni cuma seorang yg lahir dari perut org Islam tp tak amalkan kehidupan Islam. Terima kasih ayah hantar saya ke sekolah Agama. Selalu saya akan terkesan dengan kata-kata seorang ustazah ni namanya Ustazah Zahidah, ustazah paling garang merangkap Guru Displin sekolah.
.
.
Dia mengajar subjek hadis.. Selalu ustazah akan cerita betapa berdosanya tinggalkan solat, tak ada nur dalam hidupnya. orang yang tdk bersolat sama darjat dengan orang kafir, dan sudah tentu dijamin neraka Allah kerana mereka yg tdk bersolat sudah jelas menjadi makhluk derhaka.
.
.
Bila ustazah selalu takutkan macam tu, saya mula bersolat form 1. Saya solat cukup 5 waktu kali pertama dalam hidup ketika form 1. Time ni pun masih akhil baligh. tapi saya sudah mula berubah ke arah kehidupan Islam.
.
.
Satu pekara yang saya agak susah utk lakukan adalah menutup aurat di rumah. Sudah menjadi trend kpd masyarakat Melayu utk tdk menutup aurat / tdk memakai tudung ketika di rumah. Saya pun skali macam tu.. then bila ustazah ceritakan 1 helai rambut yg dilihat oleh lelaki bukan muhrim dengan sengaja bermakna 70 000 tahun Allah campakkan kita ke neraka. (dalam neraka,sehari akhirat = 1000 tahun didunia). Itu baru sehelai yg dilihat oleh seorang lelaki. Bayangkan rambut yang berjuta dilihat oleh ramai lelaki.. Allahuakhbar.. takut sangat..
.
.
Start daripada situ saya mulakan juga memakai tudung di dalam rumah if ada lelaki bukan muhrim, serta di luar rumah. Awal2 memang terasa janggal, malu dan agak berat hati. Tapi bila dah start buat, terus rasa mudah. Kawan2 sekampung masa tu tak ada yang pakai tudung kalau kami melepak di sekitar kampung. Tapi saya dan seorang sahabat saya Hafidah juga sekampung dan satu sekolah Menengah agama dengan saya, memulakan langkah penghijrahan tu. Alhamdulillah..lama2 kawan2 pun faham. Cuma mula2 dorang pelik.. hihi.. Pengalaman betul =)
.
.
Semua ni adalah hasil ajaran dan didikan Ustazah Zahidah dan beberapa ustazah di Sekolah tersebut. Bersyukur tak terhingga Allah bukakan hati saya untuk menutup aurat rambut, aurat seorang wanita serta memberi hidayah kepada saya untuk melaksanakan solat dll. Saya mula mengenali Islam di skolah ni lah, berkat guru saya.. Besar kan pengorbanan guru saya. Mudah2 an saya doakan Allah teruskan memberi pahala kepada beliau atas apa jua amalan yang diajar oleh mereka kepada kami, para pelajar.
.
.
Pada saya ustazah2 serta guru2 di situ bukan sahaja mengajar ilmu duniawi, malah mereka menfokuskan juga kepada ilmu akhirat. Balance supaya membentuk insan yang cemerlang dalam aspek pelajaran dan akhlak.. Berbanding kalau kita lihat sistem pendidikan sekarang, hancur akhlak remaja kerana tiada keseimbangan antara ilmu agama dan ilmu dunia.
.
.
Saya ingat lagi kata2 Prof Muhaya (Jika silap minta dibetulkan)..
Jika ada 10 pelajar yang belajar di sekolah Agama, Insyaallah 9 daripada mereka menjadi manusia berakhlak, cuma seorang yang kurang baik. Tetapi jika 10 pelajar belajar di sekolah harian biasa, 9 daripada mereka berakhlak buruk, cuma 1 yg baik..
.
.
Kata2 Prof Muhaaya pada saya merupakan suatu simbolik.. means kalau kita nak anak2 kita baik dalam aspek akhlak, hantarlah ke sekolah Agama. Ini bukan bermakna sekolah harian biasa tidak elok, bukan… cuma sistem pendidikan yang tidak menfokuskan kepada Agama menjadikan akhlak pelajar hancur..
.
.
Wallahua’lam.. Tepuk dada tanya selera. Apa pun saya sangat bangga dengan guru2 saya di sekolah : Sekolah Rendah padang menora, Sekolah menengah Agama DMW, dan Sekolah Men Kebangsaan Agama Al-Irsyad..Alhamdulillah.
.
.
Syukur Ya Allah kau temukan aku dgn guru2 ku sekalian,, terima kasih guru! SELAMAT HARI GURU! Jasa kalian ku bawa hingga ke hujung nyawa..
.
.
Ya Allah Kau berkatilah umur ibu dan ayahku, serta para guruku, kau ampunkanlah dosa2 mereka, kau berilah mereka kebahagian di dunia dan di akhirat.. Balasilah segala Jasa mereka dengan nikmat pahala dan syurga yang tak terhingga.. Aamin

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *