Kronologi Ringkas Penentuan Waktu Solat Umat Islam

Takwim Solat Digital 3 (Biru)

..

Assalamualaikum..

Pernah x kawan2 terfikir macam mana sebenarnya waktu solat ditentukan dalam Islam, dan bagaimana waktu solat di keluarkan dalam unit jam pd masa kini..

..

Ok, berikut saya ceritakan secara ringkas kronologi sejarah bagaimana waktu solat ditentukan sejak zaman Rasullullah SAW hinggalah zaman kini.

.

ZAMAN RASULULLAH..- (cerap guna mata kasar)

.

Rasulullah saw adalah Rasul yg mengajar kita bagaimana utk solat serta bagaimana utk tahu waktu solat. Baginda mengajar umat Islam ketika itu dengan cara “mencerap” guna mata kasar terhadap perubahan bayang matahari serta perubahan warna langit.

.

Ringkasnya :

subuh diketahui apabila MATA melihat cahaya sadik berwarna putih yg tersebar luas pd waktu subuh.

zuhur lihat dgn MATA bayang matahari muncul pendek pd waktu matahari tengah kepala manusia.

Asar lihat dgn MATA panjang byg 2 kali pnjang objek

Maghrib lihat dgn MATA matahari terbenam di ufuk

Isyak setelah MATA melihat cahaya merah hilang di langit..

.

ZAMAN GOLDEN AGE..- (start HITUNG waktu solat guna ALAT FALAK spt KUADRAN DAN ASTROLAB)

.

F2-astrolabe

cth astrolab

.

Ia bermula zaman Abbasiyyah, smsa pemerintahan khalifah al Makmum.. bilamana berlaku perpindahan ilmu dari luar spt India, Cina dan yunani ke Tanah Arab. Cendiakawan Arab Islam membuat kajian timekeeping meliputi ilmu astronomi, sains, matematik & peralatan.. hinggalah terciptanya kaedah penentuan waktu solat menggunakan HITUNGAN. Zaman Rasulullah guna MATA utk tentukan waktu solat.

.

Zaman golden age, kira2 abad ke 7 hgga 14 masihi, kajian dilakukan hingga tercipta kaedah hitungan menggunakan alatan falak spt kuadran. kemudian kaedah hitungan ini tersebar ke seluruh rantau negara Islam (Islam tersebar ke serata rantau negara termasuk tanah Melayu)..

.

Abad ke 18 Masihi – start tersebar kaedah hitungan guna alat falak scra
effective di Tanah Melayu
(antara alat falak yg digunakan ialah rubu’ mujayyab)

.

Rubu Mujayyab3

cth kuadran/rubu’ mujayyab

.

Tersebar kaedah hitungan menggunakan kuadran di tanah melayu. Ia disebarkan secara meluas oleh Ulama Melayu. Memang benar Islam tiba di Tanah Melayu lebih awal dari abad ke 18 Masihi, namun penyebaran kaedah hitungan waktu solat di sini lebih meluas dan berkesan pada abad ke 18 Masihi ini. Ia disebarkan oleh ulama Melayu menerusi sekolah pondok serta aplikasinya dlm mengeluarkan jadual waktu solat di negeri2 seluruh tanah melayu. – ulama Melayu menerima ilmu hitungan waktu solat guna kuadran ni (ilmu miqat) dari Mekah. Mereka belajar di Mekah.

.

Abad ke 19 Masihi – Start hitung guna FORMULA trigonometri

.

Muncul kaedah hitungan waktu solat guna formula matematik trigonometri. Masa zaman Ulama Islam, guna kuadran (alat tradisional falak) utk kira waktu solat. Kaedah ni lebih lambat kerana perlukan step2 utk dapatan data. Tapi bila wujudnya formula matematik trigonometri utk hitung waktu solat, maka ia lebih cepat. – Pelopor kpd kewujudan formula trigonometri ini ialah Mad Khair , iaitu tokoh falak yg menguasai ilmu hitungan serta ilmu astronomi moden serta kaedah tradisional..

.

Contoh formula hitungan waktu solat asar adalah spt berikut..

.

5

.

Hingga kini, waktu solat dikira menggunakan formula trigonometri dan dilistkan dalam jadual2 yg boleh dilihat dalam kalendar dan internet. Ia dikeluarkan oleh pihak Jakim dan Jabatan2 Mufti Negeri utk memudahkan masyarakat merujuk masuknya waktu2 solat di seluruh negeri di Malaysia.

Sekian..

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *