Ibadah Yang Dilupakan : SOLAT

download (1)

.
Assalamualaikum..
Solat : Ibadah yang dilupakan.. Percaya kan? Makin dekat kiamat, makin dekat manusia pada neraka Allah..
..
Cuba lihat sekeliling kita, berapa ramai manusia melakukan perkara mungkar dihadapan kita. Dalam office, perempuan bersuami bergelak ketawa, bertepuk tampar dengan lelaki bukan muhrim.. Perempuan berpakaian tapi bertelanjang, rambut merah berkuku warna, pakaian ketat sampai nak tersembul semua benda, dah tu boleh nampak depan mata bertapa berhiasnya seorang wanita, bercantik2 terlalu berharum2an depan semua orang… itu luaran dah nampak, apatah lagi solat..
.
Time pergi surau, boleh tengok berapa kerat saja ada dalam surau. Kalau time solat jumaat, cuba tengok di pejabat pos, lelaki yang bekerja di situ masih bekerja tanpa mempedulikan solat jumaat di masjid. Ketika ke pasar2 raya mall besar, time maghrib, kadang2 lengang walhal di luar berpusu2 manusia Islam membanjiri mall tersebut..
..
Cuba pandang sekeliling, mesti kta akan kenal siapa yang tidak bersolat. Hatta dalam rumah dan keluarga sendiri kta boleh kenal siapa yang bangun untuk solat subuh, siapa yang tak.. Time beraya, sibuk menzirah keluarga dari pagi hingga malam, berkereta dari sebuah rumah ke sebuah rumah, solat pun x ingat. Bukan susah pun, ckp la pada tuan rumah, nak tumpang solat… takkan nak kena halau dari rumah kan…
..
Itu lah keadaan yang sedang berlaku dalam masyarakat sekarang… solat diletakkan di tempat akhir, bukan yang utama…

..

Sebaik mana pun seorang tu dalam hidup ni.. rajin menolong mak ayah, rajin bantu orang dengan bersedekah, berhemah tinggi, baik budi pekerti, hormat orang tua..bak kata orang memang orang baik laa serba serbi.. tapi sayangnya tak solat.. so sia2lah amalan baiknya dan tak dikira oleh Allah Taala.. Sbb Allah dah kata, ibadah pertama yg dilihat Allah di akhirat kelak ialah solat. Kalau baik solatnya, insyaallah selamat..
..
Allahuakhbar..takut kan dengar.. if solat kita diterima Insyaallah mudahlah perjalanan kita ke syurga…itu kalau solat pun belum tentu solat diterima… inikan pula x solat..
..
Kalau sebaik mana pun seorang lelaki itu, saya x akan ambik dia sebagai menantu saya jika dia tak solat. Bagaimana orang yg tak solat boleh memimpin sebuah keluarga untuk ke syurga.. Sudah tentu failed kan, kecualilah dia memang nak berubah dari awal lagi…

..

Tahu tak dosa meninggalkan solat tu macam mana?? Sangat menakutkan.. tinggal solat subuh sehari pun dah kna campak ke neraka 60000 tahun dunia.. Tapi manusia x insaf sbb diberi peringatan tapi dia pekakkan telinga.. Nak tahu sakit neraka mcm mana?? Api di dunia ni dah dibasuh sebanyak 70 kali dah.. tu pun panas.. bayangkan kan lah api neraka macam mana? Ambik api cuba bakar tangan.. sakit tak?? Kalau rsa sakit, bygkan sakit tu 70 kali lebih sakit..takut tak?? tak takut lagi??? Tak tahulah kebal betul hati, kebal betul kulit tu..

..

82ecbfe7ce1294bf04e32cd6222bb07f

..

Hidup di dunia ni sekali saja.. kita dilahirkan sekali  saja di dunia ni, tak ada peluang kedua dah.. tak ada kata ada kelahiran semula nanti.. Just sekali.. jdi guna peluang hidup ni sbg cara utk ke syurga.. tak susah pun nak ke syurga Allah, tambah2 seorang isteri… Solat, taat pada suami, tutup aurat, puasa, jaga amanah suami.. Insyaallah syurga buat mu.. Just jauhi perkara mungkar…

..

Sedarlah diri kita semua..
Solat bukan Part Time, Some Time & No Time
Tapi solat sebenarnya kita kena buat Full Time, On Time dan bagus nya Overtime…
Sekian..

 

 

Nurul Huda

I'm a lecturer from university Malaya..i'm interested to be the successful of businesswomen..i love reading,enjoy writing and interested in fashion and beauty side.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *