KERJAYA PENSYARAH

images
..
Sebelum sy bergelar pensyarah, cita2 saya adalah GURU.. sbb sy suka mengajar.. Tapi x da rezeki jd cikgu sbb ayah suruh sambung belajar..
..
Sebelum kenal kerjaya ni, saya ingat pensyarah hanya mengajar, tp rupanya banyak lg tugas pensyarah.. sama macam cikgu.. bukan sj mengajar tp banyak lgi tugas guru..
..
OK, kerjaya pensyarah memang mengajar student universiti.. tapi sbnrnya bukan sj mengajar, ada bnyak lg tugas pensyarah..
..
  1. mengajar 40%.. baki selebihnya..
  2. tulis artikel jurnal.. wajib bagi pensyarah menulis artikel ni untuk diterbitkan dlm mana2 jurnal
  3. menghadiri serta membentang kertas kerja dlm mana2 seminar.. samada antarabangsa atau dalam negara..
  4. menjalankan penyelidikan / menjadi PI atau pembantu ketua proje..
  5. Melakukan penyeliaan pelajar serta menyelia pelajar master / phd
  6. Menyumbang khidmat masyarakat
  7. Menghadiri sebarang menyuarat pentadbiran- wajib
  8. menyelesaikan sebarang kerja2 admin spt membuat failing, menjadi ajk seminar yg dianjurkan,
..
Sbnrnya list tu pun dah tunjukkan BANYAKKNYAAA kerja kan.. memang banyakk sgt sbnrnya kerja penyarah.. blh tgk tesis menimbun dlm bilik penyarah, iaitu tesis2 yg perlu ditanda. sbnrnya hari2 boleh kata ada sampai 4@5 kerja perlu siapkan.. memang sgt bz dan bz.. tapi kerja mesti diteruskan..
..
Cumanya bg ssiapa yg berminat dgn kajian penyelidikan.. mmg sesuai dgn kerjaya pensyarah.. sambung sampai phd.. lps tu boleh apply kerjaya pensyarah..tp kna faham krja apa yg x bz di dunia ni.. kerja apa yg mudah? smua perlukan usaha.. semua perlu diselesaikan..
..
kerja ni kita akan buat sehingga tua. jdi seeloknya biar kerjaya yg kita buat tu happy kan kta.. enjoy dgn kerja..
..
Wassalam..

How to be a lecturer

drhuda (1)
Assalamualaikum..ok..untuk entry kali ni Nurul nak share macam mana caranya nak jadi lecturer..Ini based on pengalaman Nurul sendiri..

 

 

Sebenarnya nak jadi lecturer bukan something yang senang dan bukan juga something yang sukar..Kalau kena caranya dan memang ikut jalan yang betul..InsyaAllah segalanya jadi mudah..

 

 

Pertama sekali..memang wajib tidak dapat tidak kena cemerlang dalam pelajaran..
Sebab kalau cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia @ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia baru boleh masuk universiti kan. Masa ni lah kita kena ambil Ijazah Sarjana Muda. Semasa peringkat ini lah kita kena pilih kursus @ bidang apa yang kita nak. Kursus ini lah yang mencorakkan perjalanan kita seterusnya. Contoh kalau Ijazah Sarjana Muda tu ambik kursus pendidikan, jadi memang bagus la bagi someone yang memang betul-betul nak jadi guru. Memang dah jalan dia dah tu.
Tapi kalau dia tak nak jadi cikgu, jangan ambil kursus pendidikan. Macam Nurul, kursus yang Nurul ambil memang bidang Astronomi Islam (Falak)..sebab tu Ijazah Nurul ni ialah Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Falak. Nurul habiskan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda ni selama 3 tahun (6 semester). Nurul memang bercita-cita nak jadi cikgu sebenarnya. Sebab tu lepas habis je pengajian Ijazah Sarjana Muda ni, Nurul terus apply Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)..tapi takdir menyatakan sebaliknya..perjalanan Nurul bukan sebagai seorang guru tapi sebagai pensyarah.

 

 

 

Kedua : Perlu ada Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).

 

 

Nurul lulus cemerlang peringkat Ijazah Sarjana Muda. So Nurul dapat tawaran untuk sambung belajar peringkat Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D). Actually sepatutnya Nurul sambung dulu master (Ijazah Sarjana), baru boleh sambung Ph.D. Tapi kes Nurul lain sikit..boleh lompat. Sebab Universiti Malaya memang tawarkan sesiapa lulus cemerlang peringkat Ijazah Sarjana Muda, so boleh la apply terus pengajian peringkat Ph.D.

 

 

Actually bagi sesetengah universiti lain, memang wajib ambik Master dulu baru boleh ambik Ph.D. Jadi bergantung pada mana-mana universiti lah..

 

 

Nurul habiskan pengajian peringkat Ph.D ni dalam masa 4 tahun. Ph.D Nurul ni dalam bidang Astronomi Islam. Lepas habis je dapat scroll dan sijil, baru Nurul apply terus jadi lecturer. Nurul memang apply untuk jadi lecturer kat Universiti Malaya dalam bidang Nurul sendiri iaitu Astronomi Islam. Sampai sekarang Nurul memang mengajar bidang kepakaran Nurul iaitu EtnoAstronomy.

 

 

Ketiga, cara untuk jadi lecturer ialah menerusi tawaran biasiswa yang kita perolehi.
Macam di Universiti Malaya, Nurul memang ditemuduga untuk dapat biasiswa SLAB/SLAI. Biasiswa ni memang automatik memberi peluang kepada kami para pelajar untuk terus bekerja di UM. Sesiapa yang mendapat biasiswa SLAB/SLAI ni memang akan diserap dalam pekerjaan pensyarah di UM..itu lah kelebihan biasiswa yang Nurul perolehi ni.

 

 

 

Keempat adalah menerusi sokongan kuat Ketua Jabatan..
Macam kes Nurul ni, Ketua Jabatan memang sangat supportive..kalau ada kekosongan dan yang kosong tu memang dalam kepakaran kita, memang dia sokong kuar semasa urusan temuduga kerja lecturer ni. Masa Nurul apply kerja lecturer di UM ni, memang kebetulan ada dua orang pensyarah yang bersara iaitu Prof Dato’ Dr. Mohd Zambri Zainuddin dan Prof Dr. Mohd Sahar Yahya..
Disebabkan itu lah memang ada kekosongan jawatan pensyarah di Jabatan Fiqh Usul dalam bidang Astronomi Islam. Jadi masa interview tu, Ketua Jabatan memang sokong kuat untuk Nurul jadi lecturer di bawah jabatan beliau..nama Ketua Jabatan Nurul ni Dr. Ridzwan Ahmad..Sampai bila-bila pun Nurul memang tak akan lupakan jasa baik beliau pada Nurul.

 

 

 

Kelima ialah paling utama sebenarnya iaitu doa, usaha dan tawakkal..
Doa kepada Allah banyak-banyak supaya Allah mudahkan semua urusan di atas. Kemudian kena usaha lah untuk capai matlamat jadi lecturer tu. Bila usaha pun dah buat & doa pun dah buat…tawakkal lah pada Allah..InsyaAllah Allah akan tunjukkan jalannya..Aamin…

Kisah perjalanan Ph.D ku

University of Malaya

 

 

Inilah universiti Nurul..Universiti Malaya Kuala Lumpur..Nurul diterima masuk ke Universiti Malaya pada tahun 2003..masa tu Nurul sambung pengajian peringkat asasi dulu selepas habis SPM..Peringkat asasi ni wajib kami para pelajar habiskan selama 2 tahun di Universiti Malaya cawangan Nilam Puri, Kelantan.

.

.

Start tahun 2005..baru kami dipindahkan ke Universiti Malaya Kuala Lumpur..Nurul ingat lagi..masa awal-awal nak daftar tu..Nurul memang nak ambik course law..tapi ditakdirkan Allah..Nurul terbuka hati sangat nak ambik course Islamic Astronomy..content pembelajaran lebih kepada Fizik angkasa..jadi banyak subjek yang Nurul minat ada dalam course ni..macam add math..sains fizik..planet planet..galaksi..dan yang tertarik hati tu nanti boleh setup instrumen astronomi macam telescope, CCD dan camera HD..memang rasa mencabar..that’s why Nurul pilih course ni..

.

.

3 tahun Nurul ambil masa untuk siapkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Nurul..Alhamdulillah sangat..berkat pertolongan Allah, Nurul lulus cemerlang kelas pertama..dapat juga Anugerah Cemerlang Buku Universiti..

.

.

Selepas habis pengajian, Nurul macam terawang-awangan jugak la..cuba apply kerja..Alhamdulillah dapat lulus beberapa step untuk mengikuti Kursus Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah, DPLI..

.

.

Tapi kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan..Nurul dapat tawaran sambung pelajaran ke peringkat Ph.D..Ijazah Kedoktoran di Universiti Malaya..so Nurul dah tak perlu ambik pengajian peringkat Ijazah Sarjana Master..ni kes lompat la..Nurul dapat tawaran lompat pengajian ni sebab Nurul dapat result cemerlang dalam Ijazah Sarjana Muda..

.

.

Pada masa yang sama Nurul dipanggil untuk interview guru DPLI..jadi hati Nurul berbelah bahagi la..Nak pilih guru or sambung belajar??

.

.

Runsing jugak waktu tu..nak sambung belajar pun takut jugak..tapi dalam masa yang sama minat mengajar jadi memang teringin nak jadi Cikgu..

.

.

So Nurul memang buat solat hajat minta bantuan dari Allah untuk beri petunjuk yang mana yang terbaik..disamping tu minta nasihat dari mak ayah..family memang support sangat untuk sambung belajar..

.

.

Alhamdulillah terbuka hati untuk sambung belajar. Jadi Nurul tekad lah sambung pengajian peringkat Ph.D ni kat Universiti Malaya..

.

.

Masa tahun kedua Nurul buat PhD ni..jodoh pula sampai..memang perancangan Allah macam tu..Nurul tahu apa yang Allah bagi..itu lah yang terbaik…

.

.

Sepanjang proses pembelajaran PhD ni memang terasa betul kesusahan dan kesukaran mencari data..kesukaran untuk menulis..kesukaran memahami selok belok penyelidikan…ye lah..bak kata orang umur baru setahun jagung..masih tak ada cukup pengalaman lagi untuk sambung pengajian peringkat tinggi ni.

.

.

Sepatutnya kena timba ilmu dulu masa buat master..tapi macam Nurul..tak merasa pengalaman buat research peringkat master ni..tup tup terus lompat tangga..

.

.

Tapi Alhamdulillah..walaupun tersadung banyak kali tapi Nurul tekadkan hati..redah je..susah macam mana pun..Nurul go on jugak..

.

.

Memang banyak la isu berjujuran air mata sepanjang proses penyelidikan peringkat PhD ni..tapi masih ramai yang menyokong kuat Nurul terutama suami..Mak dan ayah..

.

.

Nurul kuat demi suami, Mak, ayah dan anak..Nurul terus berjuang hinggalah pada tahun 2013 akhirnya Nurul berjaya submit tesis Nurul..

.

.

Satu persatu Allah tolong Nurul..dari start ambil Ijazah..sampaila ambil PhD..dan dalam menjalankan tugas sebagai isteri dan ibu..Allah sentiasa menolong…

.

.

Robbi Yassir Wa La Tuassir..mudah2an Allah sentiasa memudahkan…Itu lah amalan doa Nurul setiap hari..

.

.

Alhamdulillah..memang Allah mudahkan..akhirnya selepas 4 tahun lebih..Nurul lulus minor correction dan dapat konvo PhD tahun 2014..

.

.

PhD Nurul ni dalam bidang Islamic Astronomy..dan bidang expert Nurul ialah EtnoAstronomy..

.

.

Tak lama lepas tu..Nurul terus apply jawatan pensyarah di Universiti Malaya..akhirnya Januari 2015, Nurul dilantik untuk jawatan Pensyarah Kanan Universiti Malaya dalam bidang Islamic Astronomy..

.

.

Rasa seronok sangat dalam menceburi bidang pensyarah ni sebab Nurul memang berjiwa mengajar..bila mengajar tu..hati rasa puas..

.

.

Nurul harap sangat Nurul akan terus melaksanakan tugas Nurul sebagai seorang penayarah dengan baik selagi badan masih bertenaga, sihat dan masih kuat.

.

.

Aamin…